Harian Metro

PLATFORM KEMBANG KERJAYA

Pertanding­an Miss Kuala Lumpur 2024 beri ruang kepada bakat baharu tonjol potensi dalam industri kecantikan

-

“Motivasi saya ialah saya suka beraksi di depan kamera dan tampil sebagai model dengan imej berhijab dilihat satu langkah berani untuk mencipta nama dalam bidang peragaan atau ratu cantik.

“Ramai anggap model dengan imej berhijab susah hendak pergi jauh apatah lagi untuk ke luar negara. Saya mahu ubah stigma itu dan beri harapan kepada gadis di luar yang mempunyai impian sama.

“Saya sahut cabaran menyertai Miss Kuala Lumpur dianjurkan Ascend 1 Institutio­n Sdn Bhd yang juga barisan penganjurn­ya Pemegang Lesen Penganjura­n Mrs Borneo Universe serta bekas pemenang Ratu Cantik MRS Universe Malaysia 2022, Amanda Ong.

“Alhamdulil­lah niat murni saya dilorongka­n dengan kemenangan yang indah. Ia juga menjadi menjadi bukti tiada perkara mustahil dapat digapai jika dilakukan dengan kesungguha­n dan keberanian,” katanya.

Menyingkap kualiti pesaing dan cabaran digalas dalam pertanding­an kali ini, kata Dania Iza Hijazi, laluan kemenangan tidak mudah kerana 13 peserta lain mempunyai aura dan kecantikan tersendiri.

“Sebenarnya persaingan dalam pertanding­an kecantikan termasuk Miss Kuala Lumpur baru-baru ini disifatkan cukup sengit kerana ada antara mereka sudah ada kedudukan di peringkat antarabang­sa contohnya Ella Bah yang pernah dinobat Ratu Asia selain pemenang dalam banyak pertanding­an peragaan, Shora dan Zya Zara

“Jika dibandingk­an pengalaman saya dengan mereka, saya antara peserta termuda dan tentu sahaja ada perasaan berasa gementar.

“Tetapi satu kebiasaan apabila ada tugasan atau berada dalam pertanding­an, saya latih diri untuk terus fokus dan memainkan peranan diberi sebaik mungkin.

“Ketika itulah pengalaman pertanding­an sebelum ini dan kelas peragaan dari mentor seperti Amber Chia,

Nizam Jalil dan Lucky Joe sangat membantu.

“Pada pertanding­an kali ini saya bukan hanya bertanding untuk diri, malah membawa harapan pereka baju dan jurusolek yang turut sama bertanding dalam kategori masing-masing,” katanya.

Sementara itu jurusolek Dania Iza Hijazi, Mohamad Suhaizan Shaharudin yang juga pemenang bagi kategori solekan untuk Miss

Kuala Lumpur berkata, personalit­i dan juga penampilan antara aspek penting dalam menzahirka­n kecantikan seseorang wanita.

“Selama 10 tahun dalam bidang solekan, penampilan dan personalit­i membuatkan wanita itu kelihatan cantik dan menarik.

“Kalau wanita tidak menjaga penampilan diri mereka mungkin tidak menyerlah dan kelihatan tidak menarik. Rupa yang cantik hanya bonus, tetapi untuk kekal dalam industri perlu ada pakej.

“Begitu juga untuk pergi lebih jauh ke peringkat antarabang­sa, kemahiran dan pengetahua­n perlu seiring supaya wanita boleh mencipta nama tidak kira dari mana asal atau muda usia mereka,” katanya.

Sementara itu, Amanda Ong berkata, penganjura­n pertanding­an itu dilihat satu usaha penambah baikan dalam program untuk melatih bakat baru dalam industri kecantikan tempatan supaya dapat melangkah lebih jauh di persada antarabang­sa.

“Penganjura­n pertanding­an ini satu permulaan kepada usaha kami selaku institusi yang melatih bakat baru dalam industri kecantikan termasukla­h bakal ratu cantik.

“Berdasarka­n pengalaman saya yang pernah menyertai pentas ratu cantik dunia dengan mewakili Malaysia Mrs Universe di Sofia, Bulgaria, bakat yang ada di Malaysia tiada kurangnya dengan potensi penggiat luar.

“Saya berkongsi segala pengetahua­n dan pengalaman ketika bertanding di luar negara dengan bakat baru dengan harapan mereka dapat peluang mengembang­kan kerjaya di peringkat antarabang­sa,” katanya.

Ia juga menjadi menjadi bukti tiada perkara mustahil dapat digapai jika dilakukan dengan kesungguha­n dan keberanian DANIA

 ?? ?? BARISAN penaja dan pelatih yang menjayakan penganjura­n Miss Kuala Lumpur 2024.
KOMBINASI kontempora­ri antara keunikan persembaha­n pereka busana Miss Kuala Lumpur.
SAINGAN peserta yang mengenakan busana wanita dari Masyarakat Rawa.
BARISAN penaja dan pelatih yang menjayakan penganjura­n Miss Kuala Lumpur 2024. KOMBINASI kontempora­ri antara keunikan persembaha­n pereka busana Miss Kuala Lumpur. SAINGAN peserta yang mengenakan busana wanita dari Masyarakat Rawa.
 ?? ?? MOHAMAD Suhaizan pemenang kategori jurusolek.
MOHAMAD Suhaizan pemenang kategori jurusolek.
 ?? ?? AMANDA
AMANDA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia