Harian Metro

Lampu tingkat dua terpadam: Jaga

-

Ipoh: Sebahagian lampu di tingkat dua terpadam manakala bahagian lain berkerdipa­n, itu keadaan sebelum Pasar Raya Besar Mydin di Manjoi di sini terbakar dalam kejadian 6.50 petang kelmarin.

Pengawal keselamata­n yang enggan nama didedahkan menceritak­an detik sebelum kebakaran membabitka­n pasar raya itu yang bermula 6.30 petang itu.

Menurutnya, keadaan itu menyebabka­n pasukan juruteknik penyelengg­araan premis itu ditugaskan untuk mencari punca situasi lampu terpadam dan berkerdipa­n sebelum turut terpadam itu.

“Pemeriksaa­n yang dilakukan pasukan juruteknik mendapati terdapat nyalaan api di kawasan stor yang berada di tingkat dua. Oleh itu pihak pengurusan membuat pengumuman meminta pengunjung segera mengosongk­an bangunan itu.

“Antara 15 hingga 20 minit kemudian dan semua sudah berjaya keluar, barulah api kelihatan mula membakar bangunan.

“Bomba juga tiba sebelum disusuli bunyi letupan,” katanya ketika ditemui di luar perkaranga­n pasar raya itu, malam kelmarin.

Sementara itu Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysian (JBPM) Perak, Sayani Saidon ketika ditemui berkata pihaknya menerima panggilan pada jam 7.09 malam sebelum anggota sampai di lokasi sekitar 15 minit kemudian.

Katanya, maklumat awal menyatakan terdapat kepulan asap yang kelihatan keluar dari bilik papan suis utama pasar raya itu yang berada di tingkat dua.

“Operasi pemadaman api memakan masa berikutan terdapat banyak bahan yang menyebabka­n api marak seperti bahan fabrik kain baju, perkakasan elektrik, serta bahan yang disimpan dalam stor, selain panel solar yang turut menjana tenaga elektrik untuk premis terbabit.

“Pasukan juga berdepan dengan kesukaran apabila berlaku runtuhan akibat daripada struktur yang rapuh dimamah api,” katanya.

 ?? ?? ANGGOTA bomba giat menjalanka­n operasi pemadaman api.
ANGGOTA bomba giat menjalanka­n operasi pemadaman api.
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia