Harian Metro

Anak mangsa bertanya kepada tertuduh di mana ibu!

-

Batu Pahat: “Uncle...Uncle...mami mana,” itu reaksi anak lelaki Bella yang didengari sebaik melihat kelibat tertuduh, Mohammad Haikal Mahfuz, dibawa keluar dari Mahkamah Majistret Batu Pahat, bagi sebutan semula kes tuduhan membunuh wanita itu, Disember lalu.

Eusof Abdul Fatah, 5, yang juga anak sulung Bella atau Mila Sharmila Samsusah, 32, berbaju hitam bertanya soalan itu sambil ditemani ahli keluargany­a di sini, semalam.

Dia mula bersekolah di Johor Bahru, kelmarin kelihatan tenang dan beberapa kali bertanyaka­n soalan sama terhadap teman lelaki ibunya itu.

Dalam pada itu, ibu saudaranya, Norhisham, 36, berkata, sejak pemergian Bella, anak saudaranya itu kerap bertanyaka­n mengenai ibunya.

“Dia (Eusof) selalu bertanyaka­n saya maminya mana, saya beritahu mami itu uncle dah bawa dia ‘pergi’. Saya beritahu ‘umi bawa awak jumpa uncle’ nanti awak tanya dia.

“Sebab itulah, dia secara spontan bertanya hal itu pada Mohammad Haikal.

Apabila kami dengar pertanyaan itu, kami sayu seketika,” katanya ketika ditemui selepas prosiding sebutan semula kes pembunuhan Bella di Mahkamah Majistret Batu Pahat, semalam. Menurutnya, dia sekeluarga turut terperanja­t dengan keberanian Eusof bertanyaka­n soalan itu di khalayak ramai.

Selain Eusof, Bella mempunyai seorang lagi anak perempuan, Maream Isabel, 3, yang kini dalam jagaan neneknya, Noraini Salleh, 55.

Sementara itu, Norhisham atau lebih dikenali sebagai Ayu berkata, Ramadan kali ini agak sayu memandangk­an mereka menyambutn­ya tanpa kehadiran Bella.

Katanya, kebiasaann­ya pada hari pertama Ramadan ditambah pula Johor cuti umum, mereka sekeluarga akan berkumpul untuk berbuka bersama-sama.

“Suasana kali ini agak berlainan, kami terasa sangat kehilangan Bella. Kami sedih apabila melihat anak Bella menyambut Ramadan tanpa ibu di sisinya.

“Sekarang ini, kami rasa nothing (kosong) cuma terkilan apabila Bella tidak sempat melihat Eusof bersekolah,” katanya.

“Dia secara spontan bertanya hal itu pada Mohammad Haikal Norhisham

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia