Harian Metro

Budaya ‘ali bangla’ saingan perniagaan

- Oleh Mohammad Khairil Ashraf Mohd Khalid khairil.ashraf@hmetro.com.my Kuala Lumpur

Ahli Parlimen Paya Besar dari Barisan Nasional (BN) Datuk Mohd Shahar Abdullah menyatakan negara ini bukan hanya berdepan dengan isu ‘ali baba’ dalam perniagaan tetapi juga membabitka­n ‘ali bangla’.

Beliau berkata, persaingan dalam perniagaan itu bukan hanya membabitka­n sesama rakyat Malaysia tetapi bersaing dengan mereka yang bukan warganegar­a.

“Dahulunya mereka berkunjung hanya sebagai buruh kasar tetapi sekarang ini mereka berusaha menjadi pengusaha.

“Apabila mereka jadi syarikat, jadi pengusaha, kita hantar anak-anak kita untuk TVET (Pendidikan

Teknikal dan Pendidikan Vokasional) tetapi akhirnya kerja-kerja separa mahir ini diambil oleh mereka.

“Sudah pasti budaya ‘ali bangla’ ini akan menjadi dominasi,” katanya ketika bertanyaka­n soalan tambahan di Dewan Rakyat di sini, semalam.

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli kemudianny­a ketika menjawab berkata, pihaknya sedang mengambil perhatian mengenai perkara itu.

Menurutnya, pihaknya komited untuk mengurangk­an jumlah pekerja dan pendatang asing tidak berkemahir­an dalam negara ini.

“Kalau kita terus ada antara tiga hingga 3.5 juta pekerja asing, ada dokumentas­i atau tidak ada dokumentas­i, ini mewujudkan satu kumpulan yang menawarkan struktur kos lebih rendah yang mana memang peniaga tempatan kita tidak boleh bersaing.

“Ini kerana, mereka akan terus meletakkan harga jauh lebih rendah dan akan ada peniaga-peniaga atau orang ramai yang lebih gemar mendapat khidmat atau produk daripada mereka,” katanya.

Rafizi juga memaklumka­n, pada April akan datang, Majlis Tindakan Ekonomi Negara juga akan membincang­kan mekanisme khusus bagi mengurangk­an jumlah pekerja asing ini secara berkala.

“Dan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) yang akan dibentangk­an pada tahun hadapan akan meletakkan sasaran penguranga­n jumlah pekerja asing lebih drastik dan katanya.

Di peringkat dasar katanya, kerajaan akan membentang­kan undang-undang Anti Ali Baba disebabkan sikap penduduk tempatan yang menyewa atau memberiken lesen perniagaan milik mereka kepada pendatang asing.

“Buat masa sekarang, kita tidak ada undang-undang khusus yang boleh diambil tindakan kepada penduduk tempatan.

“Pandangan kami, selain daripada struktur ekonomi itu perlu diperbetul­kan dengan mengecilka­n jumlah pekerja asing yang ada, kita juga perlu mengetatka­n undang-undang. antaranya melalui Akta Anti Ali Baba ini.

“Ia adalah menjadi kesalahan untuk membolehka­n pekerja asing mengusahak­an perniagaan dan perusahaan atas nama orang tempatan yang menyebabka­n keadaan seperti sekarang,” katanya. ketara,”

“Mereka akan terus meletakkan harga jauh lebih rendah Rafizi

 ?? ?? RAFIZI ketika sesi soal jawab Pertanyaan-Pertanyaan Jawab Lisan, semalam.
RAFIZI ketika sesi soal jawab Pertanyaan-Pertanyaan Jawab Lisan, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia