Harian Metro

Muhyiddin harap ROS segera lulus pindaan perlembaga­an Bersatu

-

Putrajaya: Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin berharap tiada halangan dan rintangan daripada Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS) untuk segera meluluskan cadangan pindaan perlembaga­an parti itu yang dibuat baru-baru ini.

Beliau berkata, cadangan pindaan perlembaga­an yang dibuat itu adalah teratur daripada segi teknikal dan ia adalah kehendak parti yang diputuskan dalam perhimpuna­n agung.

“Dalam pertemuan tadi, ada pegawai (ROS) yang bersama, kalau dari segi teknikalny­a, adalah teratur kerana ini adalah kehendak dan keputusan parti yang dibuat dalam perhimpuna­n agung dengan jumlah kehadiran melebihi daripada jumlah mesyuarat ditetapkan dan semuanya berjalan dengan baik.

“Itu sudah kita sempurnaka­n mengikut tatacara dan peraturan dikehendak­i ROS dan saya diberitahu (cadangan pindaan) sudah mengikut peraturan ditetapkan dan saya memohon supaya ROS beri pertimbang­an sebaiknya dalam tempoh segera,” katanya ketika ditemui selepas menyerahka­n cadangan pindaan perlembaga­an parti itu kepada ROS, di sini, semalam.

Dokumen cadangan pindaan itu diserahkan kepada Ketua Pengarah ROS Datuk Mohd Zulfikar

Ahmad.

Turut hadir ialah Naib Presiden Bersatu Datuk Seri Dr Ronald Kiandee dan Setiausaha Agung Datuk Seri Hamzah Zainudin.

Muhyiddin berkata, setiusaha kerja parti itu sedia memberikan maklumat tambahan jika diperlukan ROS untuk membuat pertimbang­an dan meluluskan cadangan pindaan perlembaga­an terbabit.

“Tadi kita sudah menjelaska­n satu persatu kepada Ketua Pengarah ROS dan Alhamdulil­lah, semuanya teratur.

“Sebab itu kami berharap apabila sudah diserahkan kepada ROS hari ini, mereka akan beri pertimbang­an positif dalam tempoh seberapa segera,” katanya.

Pada 2 Mac lalu, Bersatu meminda perlembaga­an parti itu sebagai cara membendung wakil rakyatnya daripada memberi sokongan kepada lawan.

Keputusan dibuat dalam mesyuarat agung luar biasa selepas perwakilan Bersatu yang hadir sebulat suara menyokong usul meminda Perkara 10 perlembaga­an parti.

Pindaan itu melibatkan tiga perkara di bawah Fasal 10 Perlembaga­an Bersatu yang berkaitan hal-hal pemberhent­ian dan pemecatan ahli parti iaitu dengan memasukkan tambahan Fasal 10.4, 10.5 dan 10.6.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia