Harian Metro

MOMEN IFTAR TERISTIMEW­A!

Hotel Dorsett Hartamas Kuala Lumpur bawa Cef Ismail sedia pelbagai hidangan menarik sepanjang Ramadan ini

- Oleh Fairul Asmaini Mohd Pilus asmaini@mediaprima.com.my

Keenakan juadah yang disediakan cef selebriti Datuk Cef Ismail sememangny­a tiada tandingan dan air tangan beliau sentiasa dinantikan terutama setiap kali tibanya Ramadan.

Bagi memberi pengalaman berbuka puasa yang sukar dilupakan, Hotel Dorsett Hartamas Kuala Lumpur tampil berkolabor­asi dengan Cef Ismail untuk menyediaka­n pelbagai hidangan istimewa bagi dinikmati sepanjang Ramadan ini.

Promosi menu berbuka puasa yang bertemakan Sinaran Dorsett itu akan menyajikan pelbagai sajian tempatan enak antaranya ayam golek istana, daging salai masak lemak, lawar terung, daging masak hitam, ayam Bali, udang kam heong dan banyak lagi.

Selain itu, hidangan laut seperti tiram, udang, ketam dan kupang juga disediakan segar setiap hari.

Tidak ketinggala­n, beraneka jenis ulam-ulaman, salad, hidangan pencuci mulut serta kuih-muih tempatan termasuk juadah popular lebaran seperti lemang, ketupat palas, rendang dan serunding juga disediakan.

Pengunjung juga boleh bermesra dengan Cef Ismail yang akan membuat penampilan istimewa pada 16, 23, 30 Mac dan 6 April ini.

Malah pengunjung juga boleh membeli-belah koleksi Aidilfitri daripada barisan pereka tempatan seperti Kashfi Zulkufli, Obi

Trends, The Melis, Kalima, Ghadeez, Thalia, Lady Qomash dan Ilham Echenta di aras Mezzanine.

Selain itu, booth khas untuk pemilik si bulus daripada Fluffy Land dan haruman rumah disediakan. Tassia Scents juga akan dibuka diaras terbabit.

Ia dibuka setiap hari bermula 13 Mac hingga 6 April daripada jam 5 petang hingga 9 malam.

Promosi bufet buka puasa menarik itu boleh dinikmati bermula 13 Mac hingga 7 April pada harga RM168 nett untuk dewasa.

Bagi warga emas berusia 60 tahun ke atas dan kanak-kanak empat hingga 12 tahun, harga yang dikenakan adalah RM138 nett.

Selain itu, baucer harga istimewa RM128 nett (dewasa) juga disediakan kepada 1,000 tempahan terawal bermula 26 Januari hingga 13 Mac 2024.

Untuk tempahan dan maklumat lanjut, hubungi 036209 8888 atau e-mel ke fnb.hartamas@dorsetthot­els.com.

 ?? ?? CEF Ismail sememangny­a tiada tandingan dan air tangan beliau sentiasa dinantikan terutama setiap kali tibanya Ramadan.
CEF Ismail sememangny­a tiada tandingan dan air tangan beliau sentiasa dinantikan terutama setiap kali tibanya Ramadan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia