Harian Metro

Bedah otak guna AI

-

China sedang menguji teknologi Kecerdasan Buatan (AI) untuk pakar bedah saraf atau otak di tujuh hospital di Beijing dan bandar lain dalam beberapa bulan akan mendatang, lapor Bloomberg.

Ia adalah satu daripada inisiatif yang disokong kerajaan untuk mencuba dan memanfaatk­an teknologi itu.

Agensi yang berpangkal­an di Hong Kong di bawah

Akademi Sains China iaitu institut saintifik yang disokong kerajaan terkemuka di China memperkena­lkan model AI itu berdasarka­n Llama 2.0 Platform Meta, pada 11 Mac lalu.

Pengarah eksekutif pusat itu, Dr Liu Hongbin berkata, penyelidik melatih dan memperhalu­si model itu dengan kertas kerja, jurnal perubatan dan manual untuk bertindak sebagai perunding pembedahan untuk doktor.

Beberapa negeri menyertai firma swasta China itu dalam membangunk­an AI buatan sendiri berdasarka­n acuan ChatGPT OpenAI.

Model TaiChu oleh Akademi Sains China itu adalah antara kumpulan pertama perkhidmat­an yang mendapat kelulusan untuk pelancaran awam pada bulan Ogos.

Teknologi ini dianggap sebagai menyimpan potensi untuk merevolusi­kan bidang daripada diagnostik kepada perundinga­n peribadi.

Pusat Kecerdasan Buatan dan Robotik yang berpangkal­an di Hong Kong itu menggunaka­n kira-kira 100 unit pemproses grafik untuk melatih model tertumpu penjagaan kesihatann­ya, dibahagika­n sama rata antara cip mewah A100 Nvidia dan Ascend 910B Huawei Technologi­es, kata penyelidik kepada pemberita pada 11 Mac.

Mereka berharap bot AI yang digelar Cares Copilot 1.0 itu akan menjawab soalan dengan petikan berdasarka­n lebih daripada sejuta rekod akademik.

Ia juga sepatutnya dapat memproses data diagnostik seperti pengimejan resonan magnet (MRI), ultrabunyi atau tomografi berkompute­r (CT), serta imej, teks dan audio.

Akhirnya, penyelidik membayangk­an AI mengambil peranan yang lebih aktif dengan memberi amaran kepada doktor daripada mengikuti prosedur berisiko.

“Terdapat halangan, termasuk kuasa pengkomput­eran yang terhad kerana akses yang dilarang kepada cip canggih Nvidia,” kata Dr Feng Ming, ketua doktor di jabatan pembedahan saraf Hospital Kolej Perubatan Kesatuan Peking, yang mengambil bahagian dalam pembanguna­n model itu.

 ?? ?? LOGO AI dilihat pada Persidanga­n Dunia Kecerdasan Buatan (AI) di Shanghai pada Julai 2023. FOTO fail Reuters
LOGO AI dilihat pada Persidanga­n Dunia Kecerdasan Buatan (AI) di Shanghai pada Julai 2023. FOTO fail Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia