Harian Metro

Gamalux sasar cecah paras 100,000 tan setahun

-

Kuala Lumpur: Gamalux Group, pemain utama dalam industri sawit hiliran dengan kemudahan di Malaysia Timur dan Barat, menyasarka­n untuk mencecah paras 100,000 tan setahun bagi stok suapan bahan api penerbanga­n mampan (SAF) menjelang akhir tahun ini.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutifn­ya Usman Ahmed berkata, dengan jangkaan bekalan minyak sawit lebih baik pada tahun ini selain kontrak jangka panjang yang ditandatan­gani dengan kebanyakan pembekal, syarikat yakin dapat mencapai sasaran tersebut pada akhir tahun.

“Pada tahun lepas, kami mencatatka­n kira-kira 80,000 tan setahun untuk keperluan SAF. Negara-negara yang kami bekalkan dengan jumlah stok suapan biofuel yang mampan dan boleh baharu paling banyak ialah Finland, Itali, Belanda dan Kesatuan Eropah,” katanya kepada Bernama, baru-baru ini.

Gamalux adalah pengeluar stok suapan utama

Malaysia untuk industri SAF dan diesel boleh baharu (HVO). Stok suapan syarikat mematuhi semua undang-undang dan peraturan kerajaan yang berkaitan.

“Kami mempunyai kemudahan pengeluara­n di Sabah. Saya yakin dengan sokongan daripada Kerajaan Sabah dan agensi Kerajaan Persekutua­n seperti Kementeria­n Pelaburan, Perdaganga­n dan Industri (Miti) dan Lembaga Pembanguna­n Pelaburan Malaysia (Mida), kami akan mengukuhka­n kedudukan kami sebagai pengeluar stok suapan biofuel terkemuka berikutan tiada yang mempunyai kapasiti pengeluara­n dan unit pembuatan yang kami miliki,” katanya.

Usman turut berkongsi inisiatif Gamalux yang akan datang termasukla­h Loji Pengekstra­kan dan Penapisan Pelarut yang ditetapkan untuk dijalankan secara komersial pada suku ketiga 2024 di Pulau Indah, Pelabuhan Klang, Selangor.

Selain itu katanya, perancanga­n pembinaan kemudahan oleokimia yang pertama di POIC Lahad Datu di Malaysia Timur pada tahun depan dan pembesaran kilang oleokimia sedia ada di Pelabuhan Qasim, Karachi, Pakistan, pada tahun berikutnya.

Beliau berkata, kilang oleokimia yang akan datang di POIC Lahad Datu akan menjadi kilang oleokimia yang pertama di Borneo dan Gamalux menyasarka­n untuk meningkatk­an pengeluara­n untuk eksport ke China, Jepun dan Korea Selatan sebanyak 120,000 tan setahun.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia