Harian Metro

AYAM PERCIK KAK JAH ‘NAIK KAPAL TERBANG’

Pelanggan dari KL sanggup ‘terbang’ ke Kelantan untuk beli juadah istimewa

- Oleh Syaherah Mustafa am@hmetro.com.my Pasir Mas

Ayam percik menggunaka­n resipi turun temurun ternyata bukan sahaja laris ketika Ramadan, malah ada pelanggan yang sanggup menaiki kapal terbang dari Kuala Lumpur ke Kelantan untuk mendapatka­nnya.

Pengusaha Ayam Percik Kak Jah, Wan Marini Wan Mohd Nazi, 41, berkata, beberapa pelanggan tetapnya yang tinggal di Kuala Lumpur ‘terbang’ ke Kelantan semata-mata untuk membeli ayam percik sebagai lauk utama untuk berbuka.

Katanya, dia sendiri tidak menyangka menerima sambutan luar biasa, tetapi majoriti pelanggan menyukai ayam percik resipi neneknya itu, kerana tekstur daging ayam yang lembut serta kuah yang berlemak serta cukup rasa.

“Pada hari biasa, saya hanya menjual percik menggunaka­n 60 ayam namun sepanjang bulan Ramadan, bilangan ayam terpaksa ditambahka­n sehingga 250 ke 300 ekor sehari susulan mendapat permintaan tinggi.

“Biasanya, seawal jam 11 pagi sudah ada puluhan pelanggan beratur walaupun perniagaan dimulakan sejam kemudian. Bagaimanap­un, mereka sabar menunggu dan saya sendiri akan pastikan mereka semua dapat pulang membawa lauk percik masing-masing.

“Saya mengekalka­n cara pembuatan kuah percik sama seperti resipi arwah nenek, serta memastikan lauk tidak kira ayam atau ikan dibakar segar secara tradisiona­l menggunaka­n arang bagi mengekalka­n keaslian rasanya,” katanya ketika ditemui di kedainya di Jalan Salor di sini, kelmarin.

Wan Marini yang juga generasi kedua yang mengusahak­an perniagaan itu berkata, ayam percik dijual pada harga RM9 setongkol manakala ikan percik pada harga serendah RM6 sehingga RM18, bergantung kepada jenis ikan seperti Selar, Kembung, Bawal dan Keli.

Menurutnya, dia yang dibantu suami, Saiful Izam Yasok, 42, sangat menjaga kualiti kuah percik dan mereka berdua menyediaka­n sendiri kuah menggunaka­n 100 peratus santan dan ia perlu dimasak dengan mengambil masa sehingga tujuh jam untuk benar-benar masak.

“Kami pastikan kuah percik dibuat sepenuhnya daripada santan dan tidak dicampur air atau tepung yang mungkin dilakukan oleh segelintir peniaga. Kami mahu jaga kualiti produk agar ia terus kekal lama dan menjadi pilihan pelanggan.

“Sepanjang Ramadan, saya dibantu 25 pekerja yang dibahagika­n untuk mencuci ayam, membakar, menyediaka­n kuah, membungkus serta melayan pelanggan.

“Setakat ini, ayam percik jualan saya dijamin masih baik walaupun dalam tempoh 24 jam boleh mengambil masa yang lebih lama jika disimpan di dalam peti ais,” katanya yang juga ibu kepada seorang cahaya mata.

“Saya mengekalka­n cara pembuatan kuah percik sama seperti resipi arwah nenek, serta memastikan lauk tidak kira ayam atau ikan dibakar segar secara tradisiona­l menggunaka­n arang bagi mengekalka­n keaslian rasanya”

 ?? ?? WAN Marini menunjukka­n ayam percik yang siap dibakar secara tradisiona­l di Kedai Kak Jah Ayam Percik berdekatan Jalan Salor, Pasir Mas. - Gambar NSTP/NIK ABDULLAH NIK OMAR
WAN Marini menunjukka­n ayam percik yang siap dibakar secara tradisiona­l di Kedai Kak Jah Ayam Percik berdekatan Jalan Salor, Pasir Mas. - Gambar NSTP/NIK ABDULLAH NIK OMAR

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia