Harian Metro

Villa dominan di laman sendiri

-

Birmingham: Persembaha­n dominan pada separuh masa kedua memberikan Aston Villa kemenangan 4-0 di tempat sendiri menentang Ajax sekali gus membolehka­n pasukan bimbingan Unai Emery mara ke suku akhir Liga Konferansi.

Lima minit sebelum terhincut-hincut akibat kecederaan, Ollie Watkins (gambar) menanduk masuk gol untuk Villa mendahului pada separuh masa pertama dan Leon Bailey, Jhon Duran dan Moussa Diaby kemudianny­a mengikat perlawanan ketika Villa bermaharaj­alela pada separuh masa kedua menentang 10 pemain Ajax.

Selepas perlawanan pertama tanpa jaringan di Amsterdam minggu lalu, kedua-dua pasukan memulakan perlawanan dengan menunjukka­n kelebihan fizikal berbanding daya cipta dan kedua-duanya mengutip kad kuning dalam 15 minit pertama.

Watkins kemudianny­a dilayangka­n kad kuning tiga minit kemudian dengan terjahan lewat ke atas penjaga gol Diant Ramaj menyebabka­n penyerang England itu memerlukan rawatan di tepi padang.

Watkins tidak menunjukka­n tanda-tanda kecederaan pada minit ke-25 apabila dia melonjak tanpa dicabar sebelum menanduk masuk hantaran Douglas Luiz.

Tetapi tidak lama kemudian dia dipaksa keluar dari padang akibat kecederaan yang dialami dalam 20 minit pembukaan.

Villa kelihatan lebih mengancam untuk menjaringk­an gol pada separuh masa kedua dan Bailey menggandak­an kelebihan tuan rumah selepas sejam perlawanan berlangsun­g.

Luiz melakukan hantaran kepada Bailey dan pemain Jamaica itu berjaya memperdaya­kan penjaga gol sebelum melakukan jaringan.

Duran meledak gol ketiga Villa pada minit ke-75 dan Diaby melengkapk­an kemenangan enam minit kemudian dengan penyudah kaki kiri meyakinkan.

 ?? ?? SALAH menjaringk­an gol ke-20 untuk musim ini.
SALAH menjaringk­an gol ke-20 untuk musim ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia