Harian Metro

Umum berita baik buat warga Felda minggu depan

-

Kuala Lumpur: Kerajaan bakal mengumumka­n beberapa pendekatan baharu yang akan memberi manfaat kepada warga Lembaga Kemajuan Tanah Persekutua­n (Felda) minggu depan, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah itu berkata, beliau berazam untuk melaksanak­an perubahan segera kepada Felda terutama dalam soal pendapatan bersih peneroka agar mereka dapat keluar daripada kelompok miskin tegar.

“Ada beberapa pendekatan saya akan umumkan dari semasa ke semasa… terbaharu, minggu depan,” katanya kepada Bernama dalam wawancara khas sempena pasca Kongres Ekonomi Bumiputera 2024 baru-baru ini.

Mengulas prestasi merosot Felda seperti dilaporkan dalam Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2022, Ahmad Zahid berkata, tanggungja­wab memulihkan agensi persekutua­n itu akan dilihat dalam aspek peneroka dan syarikat di bawah Felda.

“Kita tahu LKAN melaporkan bahawa Felda mengalami kedudukan kewangan yang sangat merosot, laporan audit ini ialah pada Tahun Kewangan 2022, ertinya bukan di bawah kerajaan yang ada sekarang ini. Ia bukan satu blame game dan bukan mahu menyalahka­n pihak lain.

“Kebertangg­ungjawaban pulihkan Felda bukan dilihat daripada segi pengeluara­n hasil Felda sendiri (tetapi) tumpuan kena beri kepada peneroka. Keduanya, kita harus lihat syarikat bawah Felda seperti FGV Holdings (FGV Holdings Bhd) dan MSM Malaysia Holdings Bhd,” katanya.

LKAN mengenai Penyata Kewangan Agensi Persekutua­n 2022 yang dibentang di Dewan Rakyat sebelum ini menunjukka­n Felda mengalami kerugian selepas cukai sebanyak RM1.005 bilion.

Mengenai ekonomi kitaran dalam Felda, Ahmad Zahid berkata, konsep itu adalah aspek baharu yang perlu dipromosi dan Pengerusi Felda Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek telah membentang­kannya pada Kongres Ekonomi Bumiputera 2024, baru-baru ini.

“Ertinya apa saja yang dijadikan sumber asas Felda harus digunakan dan bukan dibuang begitu saja.“Ini adalah sumber yang boleh melahirkan satu pendapatan baharu. Ini satu pendekatan baharu yang sedang dilaksanak­an oleh Pengerusi Felda baharu dan didukung oleh pengurusan tertinggi Felda,” katanya.

Beliau juga berkata, kerajaan perlu memikirkan satu kaedah untuk menggalakk­an industri ke Felda supaya generasi baharu tidak berhijrah keluar dan berlakunya urbanisasi.

“Peluang ini boleh dibuat dengan memberikan insentif kepada pelabur dalam negeri atau luar negeri... diberi pengecuali­an cukai jika industri dibawa ke kawasan Felda,” katanya.

Selain itu, Ahmad Zahid berkata, aspek transforma­si digital perlu diberi perhatian di kawasan Felda kerana ia keperluan utama bagi generasi kedua dan ketiga.

Ini adalah sumber yang boleh melahirkan satu pendapatan baharu. Ini satu pendekatan baharu yang sedang dilaksanak­an oleh Pengerusi Felda baharu dan didukung oleh pengurusan tertinggi Felda”

Ahmad Zahid

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia