Harian Metro

KDN akan tetap teruskan siasatan

- Oleh Mohammad Khairil Ashraf Mohd Khalid khairil.ashraf@hmetro.com.my Kuala Lumpur

Kementeria­n Dalam Negeri (KDN) akan meneruskan siasatan berhubung penjualan stoking tertera kalimah Allah malah setakat semalam, 36 laporan polis berkaitan isu terbabit dibuat di seluruh negara.

Timbalan Menterinya Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata, KDN akan meneruskan siasatan walaupun permohonan maaf sudah dibuat KK Supermart & Superstore Sdn Bhd (KK Super Mart) dan vendornya, Sabtu lalu.

Kata beliau, ia bagi menangani isu yang mencetuska­n kegemparan dan kegusaran awam.

“KDN memandang serius isu ini dan tindakan penguatkua­saan diambil dengan melaksanak­an (pemeriksaa­n) di semua premis KK Super Mart di seluruh negara.

“Hasil pemeriksaa­n yang kita buat, didapati KK Super Mart sudah menarik balik semua stoking berkenaan di semua cawanganny­a di seluruh negara. Namun demikian, siasatan lanjut kita laksanakan terhadap pengurusan dan vendor yang terbabit bagi memastikan stoking ini tidak lagi berada di pasaran dalam negara ini,” katanya di Dewan Rakyat, semalam. Beliau menjawab soalan Datuk Mohd Shahar Abdullah (BN-Paya Besar) berkaitan apakah tindakan yang akan diambil oleh KDN bagi menoktahka­n isu penjualan stoking tertera kalimah Allah ini dan adakah kementeria­n akan membuat pindaan terhadap Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984.

Sebelum ini, tular di media sosial berkaitan kewujudan stoking tertera kalimah Allah yang dijual secara terbuka di rangkaian kedai runcit terbabit.

Bagaimanap­un, KK Super Mart kemudianny­a tampil membuat permohonan maaf susulan penjualan stoking di satu daripada cawanganny­a.

Dalam pada itu, Shamsul Anuar menjangkak­an bahawa pihaknya akan membentang­kan pindaan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 itu di Dewan Rakyat pada tahun ini.

“KDN dalam tindakan untuk meminda akta ini bagi memastikan ia memenuhi keperluan dan kehendak semasa terutama sekali berkaitan dengan jenayah dalam talian dan sebagainya.

“Begitu juga pada 11 Mac tahun ini, kita sudah adakan sesi libat urus dengan pelbagai pihak bagi mengemaski­ni dan memastikan pindaan ini dapat dilaksanak­an dengan baik,” katanya.

“Didapati KK Super Mart sudah menarik balik semua stoking Shamsul Anuar

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia