Harian Metro

Boikot mampu beri kesan besar

-

Kuala Lumpur: “Saya berpandang­an, pengguna terutama masyarakat Islam sudah belajar bahawa boikot memberi kesan besar terhadap produk serta syarikat yang diboikot.”

Itu pandangan Geostrateg­is dan Felo Kanan Akademi Penyelidik­an Strategik Nusantara Prof Dr Azmi Hassan berkaitan isu stoking tertera kalimah Allah yang dijual di kedai serbaneka, KK Super Mart dan boikot terhadap rangkaian kedai serbaneka itu sebagai tindak balas orang ramai.

Beliau berkata, jika pengurusan KK Super Mart terlepas pandang berkaitan kawalan kualiti (QC) mengenai barangan dijual, ia boleh dimaafkan memandangk­an kakitangan dalam pengurusan­nya juga ada yang beragama Islam.

“Tetapi, jika disengajak­an, maka tindak balas dengan memboikot pasar raya itu tidak boleh diketepika­n dan pada masa sama, pihak berkuasa juga perlu melakukan siasatan. Saya rasa, pihak berkuasa boleh tahu siapa yang mengeluark­an stoking itu, dapatkan punca mengapa ia dilakukan kerana apa yang berlaku dilihat sebagai sengaja,” katanya.

Sementara itu, peguambela dan peguamcara Mahkamah Tinggi Malaya, Dr Noorfajri Ismail berkata, bagi mencegah perkara sama seperti penghinaan terhadap kesucian agama Islam berulang, maka perlu penguatkua­saan yang lebih tegas.

“Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) bukan sahaja perlu melakukan tindakan rampas dan sita.

“Malah KPDN perlu pinda undang-undangnya. Tahan pemilik dan nyah senarai syarikat kerana jelas ia sudah menyentuh isu 3R (agama, bangsa dan institusi diraja) dengan terang-terangan menunjukka­n menghina agama Islam,” katanya.

Penguatkua­saan lebih tegas diperlukan bagi elak perkara berulang

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia