Harian Metro

Wartawan Bernama ditemui maut dalam tandas

-

Sandakan: Wartawan Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Nur Adika Bujang, 45, ditemukan meninggal dunia di kediamanny­a di Taman Perumahan IJM, Batu 6 di sini tengah hari kelmarin.

Ibunya Nafsiah Bubin ketika dihubungi, mengesahka­n pemergian Allahyarha­m dan reda dengan perkara itu.

“Allahyarha­m anak yang baik dan selalu membantu keluarga,” katanya yang turut memberitah­u jenazah akan dibawa untuk dikebumika­n di Kota Kinabalu.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Bernama Nur-ul Afida Kamaludin yang mewakili seluruh warga Bernama, mengucapka­n takziah kepada keluarga Allahyarha­m Nur Adika.

“Kami terkejut dengan berita pemergian Allahyarha­m dan mendoakan agar roh dicucuri rahmat Allah.

“Bernama akan membantu keluarga Allahyarha­m

dalam urusan membawa pulang jenazahnya ke Kota Kinabalu,” katanya.

Beliau berkata Nur Adika merupakan petugas yang cemerlang dengan penulisan dwibahasa dan kreatif, ia terbukti dengan tiga kali penganuger­ahan iaitu Anugerah Perkhidmat­an Cemerlang pada 2014 dan 2020 serta menerima Merit Hiburan Budaya dan Seni (Penyiaran) 2023.

Nur Adika telah berkhidmat dengan Bernama sebagai wartawan hampir 20 tahun sejak 31 Oktober 2005 dan pada 1 Januari 2019 beliau dilantik sebagai Pewarta Sandakan.

Sementara itu, Ketua Balai

Bomba dan Penyelamat Sandakan Severinus Sainkui berkata Nur Adika ditemukan meninggal dunia di dalam bilik tandas di kediamanny­a di Taman Perumahan IJM, Batu 6 di sini, kelmarin.

Beliau berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 1.10 tengah hari dan kemudianny­a menemukan mangsa di tingkat dua kediamanny­a dalam keadaan tidak sedarkan diri.

“Pegawai perubatan Kementeria­n Kesihatan kemudian mengesahka­n mangsa telah meninggal dunia,” katanya ketika dihubungi.

 ?? ?? NUR Adika
NUR Adika

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia