Harian Metro

Terima ugutan: Kakak Bella buat laporan polis

-

bercerai. Untuk kes (Datuk Red dan isteri), mereka tiada sefahaman. Itu yang dinyatakan.

Datin Red hadir ke mahkamah bagi prosiding sebutan berkenaan bagaimanap­un sebutan kes terpaksa ditangguhk­an susulan ketidakhad­iran Datuk Red atas urusan kerja.Sementara itu, Datin Red berkata perpisahan itu adalah jalan terbaik untuk dirinya dan suami.

“Saya tak nak cakap banyak sangat, apa yang boleh saya cakap ini bukan keputusan saya itu sahaja.

“Namun saya rasa perceraian adalah jalan terbaik,” katanya.

Difahamkan, Datin Red memfailkan perceraian ke atas suaminya pada Januari lalu.

Dalam pada itu, isteri kedua Datuk Red, Adira turut memfailkan perceraian kerana tiada persefaham­an di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat Rawang, Selangor pada 25 Oktober tahun lalu.

Untuk rekod, Adira pernah memfailkan perceraian pada tahun 2019 namun menarik semula permohonan itu demi anak-anak.

Adira dan Datuk Red berkahwin di Songkhla, Thailand pada 3 Disember 2015 sebagai isteri kedua.

Hasil perkahwina­n itu, mereka dikurniaka­n empat orang cahaya mata iaitu Anggrek, 6, Asan, 5, Anggun, 4 dan Ayob yang kini berusia setahun.

Manakala perkahwina­n Datuk Red bersama isteri pertamanya iaitu Datin Red mempunyai lima orang cahaya mata.

Shah Alam: “Sudah sebulan lebih saya tidak berkomunik­asi dengan dua anak.

“Saya pun tak tahu anak berada di mana selepas dibawa suami,” kata Fitria Elfina Maharip, isteri kepada bekas pemain bola sepak kebangsaan, Safee Sali atau nama sebenarnya, Mohd Safee Mohd Sali, 40.

Dalam nada sebak, Fitria Elfina, 44, berkata, dia amat merindui anak-anaknya, Shania Safina dan Shanika Salsabila masing-masing berusia tujuh serta sembilan tahun selepas didakwa dibawa Safee sejak 6 Februari lalu.

Katanya, dia hanya mengetahui keadaan anaknya menerusi satu surat yang ditinggalk­an dalam kereta suaminya, 28 Februari lalu.

“Dia (Safee) ada datang beberapa minggu lalu ambil barang anak-anak, tetapi dia keluar ikut pintu belakang dan naik kenderaan e-hailing.

“Keretanya ditinggalk­an di rumah saya, jadi saya ambil kunci pendua dan nampak surat yang menyatakan anak-anak rindukan saya.

“Dalam surat itu juga menyatakan, anak-anak di sana tak selesa kerana ada orang yang marah,” katanya ditemui di perkaranga­n

Mahkamah

Batu Pahat: Kakak kepada Bella atau Mila Sharmila Samsusah membuat laporan polis susulan dakwaan terdapat ugutan diterima daripada individu yang disyaki ada pertalian dengan bekas teman lelaki arwah adiknya.

Difahamkan, Norhisham, 36, atau lebih dikenali sebagai Ayu membuat laporan polis pada jam 11 malam kelmarin di Johor Bahru selepas menerima dua tangkap layar daripada orang awam yang dihantar kepadanya.

Tangkap layar pertama tertera ayat: “Baru permulaan, game play. Everything will start from now. Ready. Bukan setakat gila saya buat.”

Manakala, tangkap layar kedua “Baru setengah hari tunggu la, tak lama lagi mesti sahur dekat dalam huhuhu,” dan ia dipercayai ada kaitan penahanan reman Ayu sehari pada Isnin lalu.

Menurutnya, ada orang awam yang dia tidak kenali berkongsi tangkap layar terbabit sambil memintanya berhati-hati.

“Saya tak nak cakap banyak sangat, apa yang oleh saya cakap ini bukan eputusan saya itu sahaja. amun saya rasa perceraian adalah jalan terbaik”

“Saya nak berjuang untuk anak-anak saya sebab 100 peratus memang saya jaga anak Fitria Elfina

“Jadi saya buat laporan polis lebih kepada ugutan kerana bimbang keselamata­n saya dan keluarga. Saya juga takut keselamata­n anak Bella, kami takut jika ada pihak cuba mengapa-apakan,” katanya ketika ditemui, semalam.

Ayu berkata, sejak kes pembunuhan adiknya sehingga pertuduhan terhadap teman lelakinya, dia merasakan seperti ada pihak sedang memerhatik­annya.

Katanya, disebabkan itu dia mengambil sikap berhati-hati terutama ketika keluar rumah kerana bimbang ada individu mengekorin­ya.

“Saya berasa seperti diperhatik­an, macam ada pihak berdendam dengan kami susulan penahanan teman lelaki Bella.

“Bukan apa, saya bimbang mereka akan menyimpan niat lain pada kami,” katanya.

Minggu lalu, Ayu menjalani tahanan reman sehari selepas dia ditahan di Balai Polis Batu Pahat susulan laporan berkaitan penyiaran gambar kanak-kanak berusia empat tahun secara langsung di Tiktok.

 ?? ?? SAFEE turut hadir di mahkamah semalam.
SAFEE turut hadir di mahkamah semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia