Harian Metro

Taktik lapuk tak jadi...

JKDM Pulau Pinang rampas 900 kotak rokok putih diikrar perabot bernilai RM1.8 juta

- Oleh Nur Izzati Mohamad am@hmetro.com.my Butterwort­h

Helah sindiket penyeludup­an rokok mengikrar dagangan sebagai perabot tidak berhasil dalam serbuan di Pelabuhan Utara, Pelabuhan Klang, Selangor pada 7 Mac lalu.

Pemeriksaa­n dilakukan sepasukan anggota Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Pulau Pinang selepas menerima maklumat awam jam 10.40 pagi.

Hasil pemeriksaa­n menemukan sembilan juta batang rokok putih tidak berkastam bernilai RM7.92 juta termasuk cukai lalu dirampas untuk tindakan lanjut.

Pengarah JKDM negeri, Roselan Ramli berkata, terdahulu pasukan menahan sebuah kontena sebelum menemui 900 kotak mengandung­i jutaan batang rokok putih.

“Melalui semakan bill of lading mendapati barangan itu diikrarkan sebagai perabot bagi mengaburi mata pihak berkuasa. Dagangan itu disyaki berasal dari sebuah negara di Asia Tenggara.

“Kesemua rokok tidak berkastam membabitka­n nilai anggaran RM1.8 juta dan cukai berjumlah RM6.12 juta itu kemudian dirampas Bahagian Penguatkua­sa

JKDM Pulau Pinang untuk tindakan lanjut,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Stor Penguatkua­saan JKDM Bagan Jermal, di sini, semalam.

Mengulas lanjut, Roselan berkata, siasatan awal ke atas kontena itu didapati ia dikendalik­an sebuah syarikat perkapalan yang mempunyai cawangan di Pelabuhan Klang.

“Rokok itu dipercayai akan dijual kepada pekerja ladang dan pekerja tapak pembinaan warga asing di negara ini.

“Siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengenal pasti suspek yang terbabit dalam aktiviti ini,” katanya.

Katanya, siasatan dibuat mengikut Seksyen 135(1)(a) dan Seksyen 135(1)(g) Akta Kastam 1967 serta Seksyen 74(1)(e) Akta Eksais 1976.

 ?? ?? ROSELAN (tengah) menunjukka­n antara rokok putih yang dirampas di Pelabuhan Klang. - Gambar NSTP/DANIAL SAAD
ROSELAN (tengah) menunjukka­n antara rokok putih yang dirampas di Pelabuhan Klang. - Gambar NSTP/DANIAL SAAD

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia