Harian Metro

23 kru, tekong warga Vietnam ditahan APMM Kelantan

-

Pasir Puteh: Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (APMM) Kelantan menahan 23 kru dan tekong warga Vietnam selain merampas dua bot milik mereka kerana menceroboh perairan negara.

Kesemua mereka ditahan pada kedudukan 160 hingga 162 batu nautika dari muara Tok Bali menerusi Op Damai, Op Naga dan Op Tiris pada Sabtu lalu.

Menerusi serbuan berkenaan, selain dua bot, Maritim Malaysia turut merampas 1,000 kilogram (kg) hasil laut, peralatan menangkap ikan, peralatan navigasi dan komunikasi serta 2,500 liter diesel yang bernilai hampir RM3 juta.

Pengarahny­a, Kepten Maritim Erwan Shah Soahdi, berkata kedua-dua bot berkenaan dikesan dalam keadaan yang mencurigak­an jam 11 pagi sebelum bot pertama ditahan lebih kurang 11.28 pagi diikuti bot kedua pada 12.14 tengah hari.

“Kedua-dua bot berkenaan pada awalnya tidak memberikan kerjasama dan cuba melarikan diri ke sempadan perairan negara apabila penguat kuasa APMM memberikan arahan bot.

“Melihat keadaan berlarutan, kapal APMM bertindak memintas bot untuk menghentik­an bot berkenaan.

“Hasil untuk menghentik­an pemeriksaa­n mendapati bot pertama dan kedua mempunyai keseluruha­n 23 orang terdiri daripada kru dan tekong kapal dan kesemua mereka warga Vietnam berusia antara 16 hingga 55 tahun,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Katanya, kesemua bot disyaki melakukan aktiviti perikanan secara haram di perairan negara dan akan disiasat mengikut Seksyen 15 (1)(a) kerana gagal mempamerka­n sebarang dokumen kebenaran menangkap ikan di perairan Malaysia.

“Kesemua kru juga akan disiasat mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana gagal mempamerka­n dokumen pengenalan diri yang sah,” katanya.

 ?? ?? ERWAN Shah (berdiri kanan) menunjukka­n 23 nelayan Vietnam serta tekong warga Vietnam yang ditahan.- Gambar NSTP/NIK ABDULLAH NIK OMAR
ERWAN Shah (berdiri kanan) menunjukka­n 23 nelayan Vietnam serta tekong warga Vietnam yang ditahan.- Gambar NSTP/NIK ABDULLAH NIK OMAR

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia