Harian Metro

Polis buru Datuk, 4 lelaki Afrika babit kerugian RM300k

-

Ampang Jaya: Polis memburu seorang lelaki tempatan bergelar Datuk serta empat lelaki Afrika yang dipercayai terbabit dengan kejadian samun ketika urus niaga emas di pusat beli-belah Melawati Mall, di sini, pada 15 Mac lalu.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, mangsa yang juga tauke restoran berusia 27 tahun dikatakan kali pertama berurusan dengan suspek.

“Mangsa dikatakan membuat urusan pembelian dengan suspek untuk mendapat keuntungan segera apabila harga emas naik.

“Dalam kes ini, kami masih belum dapat wang yang dilarikan suspek,” katanya.

Terdahulu, Harian Metro melaporkan polis menahan tiga wanita disyaki terbabit kes samun membabitka­n urus niaga emas hingga kerugian RM300,000.

Berdasarka­n laporan, mangsa bersama rakannya dikatakan membuat urus niaga berkaitan jongkong emas dengan seorang wanita dan lelaki di pusat beli-belah jam 1 tengah hari, Sabtu lalu.

Mangsa kemudian diminta menaiki Proton Gen2 untuk mengambil emas berkenaan dan didakwa dibawa pusing tiga kali mengelilin­gi pusat beli-belah terbabit.

Mereka kemudian dibawa ke Jalan G1 dan kereta itu berhenti di tepi jalan sebelum empat lelaki warga asing datang dengan seorang daripadany­a mengacukan pistol ke arah kepala mangsa.

Suspek juga menyembur alat sembur lada ke mata mangsa dan merampas beg yang mengandung­i wang tunai berjumlah RM300,000.

Suspek kemudianny­a melarikan diri dengan menaiki kereta lain.

Bertindak atas maklumat, pada jam 7.15 malam hari sama, sepasukan anggota Ibu Pejabat

Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya menangkap seorang wanita di Taman Melawati disyaki terbabit kes itu.

Mohd Azam berkata, pada 11.40 malam, 16 Mac lalu, polis membuat serbuan di unit kondominiu­m di Jalan Ampang dan menahan dua wanita.

Mohd Azam berkata, ketiga-tiga wanita yang ditahan ialah jurujual masing-masing berusia antara 31 hingga 58 tahun. “Siasatan lanjut berhubung kes ini sedang giat dijalankan mengikut Seksyen Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan,” katanya.

“Kami masih belum dapat wang yang dilarikan suspek Mohd Azam

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia