Harian Metro

Ridwan ada peningkata­n positif

-

Kuala Lumpur: Biarpun gagal membawa pulang sebarang pingat di Piala Negara-Negara UCI, Hong Kong, ada peningkata­n positif buat barisan pelumba negara seperti Muhammad Ridwan Sahrom.

Adik kepada Muhammad Shah Firdaus Sahrom itu menunjukka­n peningkata­n memberangs­angkan apabila merekodkan catatan masa terbaik peribadiny­a dalam acara pecut individu.

Pengarah teknikal berbasikal negara, John Beasley berkata, perkara itu jelas menunjukka­n betapa atlet negara memerlukan lebih banyak perlumbaan bagi terus releven dalam persaingan antarabang­sa.

“Saya gembira melihat perkembang­an Ridwan. Ada peningkata­n dalam acara pecut walaupun dia gagal melepasi pusingan kelayakan.

“Dia hanya kurang perlumbaan dan sepatutnya dia berlumba dalam kejohanan kelas satu di Melbourne

pada bulan Disember dan Piala Negara-Negara di Adelaide namun malangnya dia tidak mendapat visa.

“Apapun ia satu perkembang­an positif untuk masa hadapan dan saya gembira dengan peningkata­n yang dipamerkan,” katanya. Terdahulu di Hong Kong, Ridwan terkandas dalam acara pecut di pusingan kelayakan apabila menduduki tangga ke-30 dengan catatan 10.027s.

Ridwan yang turun bersama Shah Firdaus turut gagal meraih pingat dalam acara keirin apabila masing-masing terkandas di pusingan pertama repechage.

Sementara itu Beasley turut memuji kayuhan pelumba wanita negara yang juga juara Asia dalam acara keirin, Nurul Izzah Izzati

Mohd Asri.

Izzah kini menjadi taruhan negara untuk temasya Olimpik Los Angeles 2028 yang mana penyertaan di Piala Negara-Negara adalah sebagai satu pendedahan baik buat pelumba berusia 20 tahun itu dalam pertanding­an kompetitif.

Untuk rekod, Izzah mula mencuri tumpuan selepas dia mencipta kejutan memenangi emas dalam acara 500m ujian masa ACC 2022 di New Delhi pada usianya 19 tahun.

Dia gagal mempertaha­nkan kejuaraan pada edisi tahun lalu di Nilai apabila terpaksa berpuas hati dengan perak, namun bangkit dengan dua emas di ACC New Delhi baru-baru ini dalam acara keirin dan 500m ujian masa.

 ?? ?? RIDWAN gagal membawa pulang sebarang pingat di Piala Negara-Negara UCI, Hong Kong.
RIDWAN gagal membawa pulang sebarang pingat di Piala Negara-Negara UCI, Hong Kong.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia