Harian Metro

Patah cubaan bawa masuk ayam beku 6 tan di Sungai Golok

-

Machang: Seludup ayam beku seberat lebih 6 tan melalui Sungai Golok di sini, bagi memenuhi permintaan pengguna terhadap hidangan ayam gunting’ sempena Ramadan.

Itu tindakan sindiket penjualan ayam beku yang berjaya dibongkar Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Kelantan susulan serbuan terhadap syarikat penjualan ayam gunting di daerah ini, Isnin lalu.

Pengarahny­a, Wan Jamal Abdul Salam Wan Long berkata, rampasan ayam beku berasal dari negara jiran itu dianggarka­n bernilai RM90,000.

Katanya, JKDM Kelantan menerima maklumat berkaitan sindiket itu yang disalurkan Cawangan Risikan Zon Timur, Pasukan Operasi Cawangan Penguatkua­saan Rantau Panjang.

“Siasatan mendapati modus operandi sindiket menggunaka­n pangkalan haram di Sungai Golok untuk membawa masuk ayam sejuk beku itu. Ayam berkenaan kemudianny­a diangkut menggunaka­n kenderaan sebelum disimpan di premis penyimpana­n.

“Sebanyak 400 paket ayam sejuk beku itu dipercayai akan dijual sebagai sajian ayam gunting keluaran syarikat berkenaan.

“Beberapa individu yang terbabit sudah ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967,” katanya semalam.

Menurutnya, penyeludup­an bukan sahaja merugikan negara dari segi kehilangan hasil, malah turut mendatangk­an ancaman kepada keselamata­n negara dan kesejahter­aan rakyat.

Wan Jamal Abdul Salam menyeru orang awam memberi kerjasama dengan menyalurka­n maklumat berkaitan sebarang aktiviti penyeludup­an dengan menghubung­i Talian Bebas Tol Kastam 1-800-88-8855 atau Pejabat Kastam yang terdekat di semua negeri.

“Pihak JKDM juga memberi jaminan bahawa identiti setiap pemberi maklumat adalah dirahsiaka­n,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia