Harian Metro

Northport penuhi permintaan pasaran

-

Kuala Lumpur: Northport (Malaysia) Bhd telah mencatat rekod pengendali­an kargo pukal pecah tertinggi dari sebuah kapal selepas mengendali­kan 48,853 Tan Berat Muatan (FWT) kargo keluli dari MV Jin Chao.

Rekod baharu itu mengatasi rekod sebelumnya iaitu 47,246 FWT yang dikendalik­an dari kapal MV Wu Yi Hai pada Mei 2022, kata Northport, yang merupakan pengendali pelabuhan dan ahli Kumpulan MMC.

Ketua Pegawai Eksekutif Northport Datuk Azman Shah Mohd Yusof berkata, pencapaian pengendali­an kargo pukal pecah tertinggi untuk MV Jin Chao menandakan komitmen berterusan Northport untuk memenuhi permintaan pasaran bagi perniagaan kargo konvension­al.

“Untuk dua bulan pertama 2024, Northport mengendali­kan sejumlah 1.88 juta FWT kargo konvension­al, pertumbuha­n 9.7 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lalu.

“Beberapa segmen kargo utama menyumbang kepada peningkata­n kendalian ini termasuk produk kimia, bijirin jagung, produk besi dan keluli serta segmen Roll-on Roll-off (“RoRo”),” katanya dalam kenyataan.

Azman berkata, pelan Reinventin­g Northport telah membuahkan pencapaian ketara sejak beberapa tahun kebelakang­an ini termasuk beberapa prestasi yang memecahkan rekod dalam operasi perniagaan­nya.

Pada 2023, Northport mencatatka­n kejayaan baharu selepas mengendali­kan rekod tertinggi 11.41 juta FWT dalam kargo konvension­al.

Pencapaian ini melepasi rekod tertinggi sebelumnya iaitu 11.16 juta FWT, yang dicatatkan pada 2022.

Northport turut menghasilk­an pengendali­an konvension­al bulanan tertinggi pada Oktober 2023 dengan mencatatka­n 1.13 juta FWT, melepasi rekod sebelumnya iaitu 1.08 juta FWT yang dicipta pada Mei 2022.

Northport mengendali­kan sejumlah 1.88 juta FWT kargo konvension­al

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia