Harian Metro

‘Tiba masanya saya bersara...’

Mike Mahen umum persaraan selepas 2 dekad beraksi, cari peluang bina karier sebagai jurulatih

- Oleh Saiful Affendy Sapran saifulaffe­ndy@hmetro.com.my

Jaguh bina badan negara, Datuk Syarul Azman Mahen Abdullah berkata sudah tiba masanya untuk beliau mengumumka­n persaraan ketika berada pada kemuncak kariernya.

Jelas atlet berusia 51 tahun itu, meskipun masih mempunyai keupayaan bertanding di pentas tertinggi, dia lebih memilih untuk bersara sekali gus mencari peluang membina karier sebagai jurulatih pula.

“Saya sudah lama fikirkan perkara ini (persaraan) selepas lebih dua dekad dalam sukan bina badan. Sudah tiba masanya untuk saya beri sumbangan kepada orang lain dan mencari atlet baharu lebih berbakat.

“Takkan saya seorang saja bertanding sampai bila-bila. Saya nampak ada dua tiga orang pelapis yang dikenal pasti mampu menggantik­an tempat saya. Sebab itulah saya berharap ada peluang untuk saya menjadi jurulatih kebangsaan mengambil kira pengalaman luas yang ada pada diri saya di pentas antarabang­sa.

“Saya juga fikir sekarang adalah masa sesuai untuk bersara kerana saya tak mahu bersara ketika tidak berada di tahap terbaik,” katanya ketika dihubungi.

Syarul yang lebih dikenali sebagai Mike Mahen berkata, segala perancanga­nnya akan dimaklumka­n pada sidang media Jumaat ini.

Sepanjang 26 tahun pembabitan­nya dalam sukan bina badan, Syarul sudah memenangi hampir kesemua gelaran termasuk muncul juara dunia sebanyak enam kali dengan kali terakhir di Kejohanan Dunia Bina Badan dan Fizik 2023 di Wonju, Korea Selatan pada November tahun lalu.

Dia juga berjaya meraih gelaran juara

Asia kali keenam di Nepal, September tahun lalu sekali gus dinobat selaku penerima anugerah Atlet Terbaik Anugerah Persatuan Penulis-Penulis Sukan Malaysia (SAM)-100PLUS 2022, Ogos tahun lalu.

Kuala Lumpur: Beregu utama badminton lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik percaya mereka masih berada di landasan tepat untuk persiapan ke Sukan Olimpik Paris meskipun hasrat untuk muncul juara di Seluruh England tidak kesampaian.

Jelas Aaron, apa yang penting untuknya serta Wooi Yik ketika ini adalah mereka perlu kekal positif dan mempamer prestasi konsisten pada setiap kejohanan selepas ini sebelum beraksi di Paris.

“Tahun ini sememangny­a fokus utama adalah Olimpik, jadi kami perlu kekal positif. Apa yang penting sekarang adalah kami perlu pamer prestasi konsisten terlebih dahulu.

“Sebab pada Januari dan Februari lalu, prestasi kami ada turun naik, jadi sekarang kami perlu kekalkan momentum ini dan kemudian buat persediaan terbaik untuk Olimpik,” katanya.

Aaron

“Saya nampak ada dua tiga orang pelapis dikenal pasti mampu ganti tempat saya Syarul

mengakui ada beberapa kelemahan yang perlu diperbaiki oleh mereka dan ia akan dibincangk­an bersama Tan Bin Shen sebaik jurulatih beregu negara itu pulang dari Terbuka Switzerlan­d.

“Kami perlu mengadakan perbincang­an bersamanya mengenai kejohanan serta aspek latihan dengan lebih spesifik lagi. Memang ada kelemahan yang perlu diberi fokus dalam tempoh beberapa bulan ini.

“Apa yang penting kami tahu apa kelemahan itu dan akan cuba perbaikiny­a,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia