Harian Metro

Risikan empat bulan!

Sindiket jadikan kondo sebagai ‘stor’ simpan dadah terbongkar

- Oleh Mohd Haris Fadli Mohd Fadzil harisfadli@hmetro.com.my Kajang

Taktik sindiket menjadikan kondominiu­m sebagai ‘stor’ untuk menyimpan lebih 360 kilogram (kg) dadah bernilai RM14.15 juta terbongkar dalam serbuan di Bandar Mahkota Cheras, di sini, Isnin lalu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman Datuk Khaw Kok Chin berkata, dalam serbuan itu dua lelaki berusia 33 dan 44 tahun ditahan hasil risikan selama empat bulan.

Menurutnya, mereka yang disyaki berperanan sebagai penjaga stor dan runner ditahan bersama 60 kilogram (kg) dadah jenis syabu dan seterusnya membawa kepada penemuan stor berkenaan.

“Sindiket ini dipercayai aktif mengedar pelbagai jenis dadah sejak tahun lalu untuk pasaran tempatan khususnya di Lembah Klang dan turut dijual ke negara jiran menggunaka­n perkhidmat­an kurier.

“Siasatan lanjut mendapati kedua-dua suspek menerima upah kira-kira RM2,000 hingga RM3,000 bagi setiap penghantar­an dadah,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang, di sini, semalam. Katanya, kedua-dua suspek yang ditahan hanya sekadar orang suruhan dan pihak JSJN giat memburu ‘kepala’ atau dalang utama sindiket dadah itu.

“Serbuan ini adalah rampasan dadah terbesar dalam negara buat tahun ini membabitka­n dadah jenis syabu seberat 332kg, serbuk

MDMA (6.07kg), pil erimin 5 (8.1kg) dan pil ekstasi (15.7kg).

“Semakan mendapati suspek berusia 33 tahun mempunyai empat rekod jenayah, manakala suspek berusia 44 tahun tiada rekod.

“JSJN turut menyita sebuah kenderaan dengan nilai rampasan keseluruha­n termasuk aset berjumlah RM 14.18 juta,” katanya.

Katanya, kedua-dua suspek direman enam hari bermula kelmarin sehingga Isnin depan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

“Tindakan turut diambil di bawah ADB Pelucuthak­an Harta 1988,” katanya.

“Sindiket ini dipercayai aktif edar pelbagai jenis dadah sejak tahun lalu Khaw

 ?? ?? KHAW (dua dari kanan) menunjukka­n hasil rampasan dadah ketika sidang media di IPD Kajang, semalam. - Gambar NSTP/FARHAN RAZAK
KHAW (dua dari kanan) menunjukka­n hasil rampasan dadah ketika sidang media di IPD Kajang, semalam. - Gambar NSTP/FARHAN RAZAK

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia