Harian Metro

Paip utama pecah sejak kelmarin

-

Papar: Daerah Papar terputus bekalan air apabila paip utama sepanjang lima kilometer yang menyalurka­n bekalan air mentah ke Lori Rawatan Air (LRA) Kogopon pecah sejak kelmarin.

Ahli Parlimen Papar Datuk Armizan Mohd Ali berkata, kerosakan dan kerja-kerja baik pulih itu menyebabka­n hampir keseluruha­n Papar mengalami gangguan bekalan air semalam dan lori tangki air digerak bagi menyalurka­n bekalan air ke kawasan terjejas.

Beliau berkata, paip itu pecah dipercayai kerana tekanan terlalu tinggi berikutan bekalan air terpaksa bergantung kepada LRA Kogopon berikutan LRA Skim Bekalan Air Kecemasan (EWSS) Limbahau tidak dapat beroperasi dan LRA Jetama tidak dapat beroperasi pada kapasiti penuh.

“Tugas pembaikan paip itu menyebabka­n lori kami sediakan untuk mengangkut air sejak 23 Februari lalu tidak dapat bekalan air terawat.

“Diharap pembaikan siap untuk membolehka­n proses rawatan air dibuat semula dan disalurkan melalui paip awam,” katanya menerusi hantaran di laman Facebookny­a di sini, semalam.

Menteri Perdaganga­n Dalam Negeri dan Kos Sara

Hidup itu berkata, LRA EWSS Limbahau terpaksa dihenti operasi pada 17 Februari lalu dan LRA Jetama tidak beroperasi penuh kerana kemasinan air mentah tinggi pada kadar 5,300 miligram/liter berbanding bacaan standard 120 miligram/liter kesan kemarau dan El-Nino.

Armizan berkata, pihaknya sudah memperoleh kebenaran daripada Jabatan

Air Negeri Sabah untuk membolehka­n lori tangki mendapatka­n air di LRA yang berdekatan bagi membolehka­n penyaluran bekalan air ke kawasan terjejas tidak tergendala.

“Proses pengambila­n air sedang berlangsun­g, lori kita sedang bergerak ke beberapa lokasi pengambila­n air di luar Papar. Mohon maaf warga Papar, pastinya bekalan air ini akan terhad. Kita usahakan sebaik mungkin supaya pembaikan paip itu siap segera,” katanya. - Bernama

 ?? ?? ARMIZAN
ARMIZAN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia