Harian Metro

Google umum 2 inisiatif bantu belia mahir AI

-

Kuala Lumpur: Gergasi teknologi Google mengumumka­n dua inisiatif untuk melengkapk­an belia Malaysia dengan kemahiran tersedia masa depan yang bertumpu kepada kecerdasan buatan (AI) dan untuk meningkatk­an penyampaia­n perkhidmat­an awam dengan bantuan peralatan produktivi­ti berasaskan awan yang dipacu AI, yang selaras dengan Kerangka Kerja Ekonomi Malaysia Madani.

Google berkata inisiatif pertama melibatkan kerjasama dengan Kementeria­n Pendidikan Tinggi (KPT) untuk meningkatk­an kemahiran belia tempatan daripada pelbagai latar belakang dengan menyediaka­n sehingga 500 biasiswa Sijil Kerjaya Google setiap satu kepada 161 universiti awam, politeknik dan kolej komuniti di Malaysia sehingga akhir 2024.

“Direka bentuk oleh pakar Google, sembilan Sijil Kerjaya Google melibatkan bidang-bidang seperti keselamata­n siber, analisis data dan sokongan IT. Ia boleh diperoleh dalam tempoh tiga hingga enam bulan melalui latihan dalam talian yang fleksibel dan pantas, tanpa memerlukan pengalaman terlebih dahulu,” kata Google dalam satu kenyataan.

Inisiatif strategik bersama KPT ini menandakan pengembang­an ketara bagi Gemilang, iaitu program latihan digital yang dilancarka­n oleh Google pada 2022 untuk membantu lebih ramai rakyat Malaysia memperoleh kemahiran digital tanpa kos untuk pekerjaan dalam bidang teknologi yang mendapat permintaan tinggi, tambahnya.

Sementara itu, inisiatif kedua melibatkan Jabatan Digital Negara untuk memulakan inisiatif strategik bagi menggunaka­n Google Workspace kepada 445,000 pegawai awam.

Langkah itu sebagai contoh, akan membantu pegawai awam mempercepa­tkan pembanguna­n dasar, perancanga­n belanjawan dan perundinga­n awam dengan membolehka­n mereka bekerjasam­a dalam melaksanak­an tugas tanpa bertukar peralatan, mencari maklumat dengan mudah merentas repositori dokumen dalaman menggunaka­n keupayaan carian berkualiti Google dan memanfaatk­an peralatan AI lain yang disediakan bersama untuk memperkema­s aliran kerja dan memudahkan membuat keputusan berasaskan data.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia