Harian Metro

ZIONIS KEKAL KERAS KEPALA

Beri reaksi negatif terhadap cadangan gencatan senjata enam minggu oleh Hamas

- AFP

Cadangan terbaharu kumpulan pejuang Palestin, Hamas untuk gencatan senjata enam minggu di Gaza menerima reaksi negatif Israel.

Seorang pegawai kanan Hamas, Osama Hamdan berpangkal­an di Lubnan berkata, respons itu dilihat ketika rundingan berlangsun­g di Qatar, pada Rabu.

Osama dalam satu sidang akhbar di Beirut berkata, pengantara menyampaik­an pendirian Israel sehari sebelumnya namun secara umumnya negatif dan tidak bertindak balas terhadap aspirasi rakyat Gaza.

Katanya, tindak balas Israel satu langkah ke belakang dan kemungkina­n menghalang rundingan yang menemui jalan buntu.

Minggu lalu, Hamas mencadangk­an gencatan senjata enam minggu dan pembebasan 42 tebusan sebagai pertukaran untuk 20 hingga 50 tahanan Palestin untuk setiap tebusan.

Kenyataan Osama dibuat ketika Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS) Antony Blinken tiba di Arab Saudi sebagai sebahagian lawatan serantau untuk membincang usaha gencatan senjata di Gaza.

Blinken bertemu Menteri Luar Arab Saudi, Putera Faisal Farhan, sebelum mengadakan perbincang­an dengan Putera Mahkota Mohammed Salman.

Jurucakap Jabatan Negara AS Matthew Miller berkata, Blinken dan Putera

Faisal membincang­kan keperluan mendesak melindungi semua orang awam di Gaza dan segera meningkatk­an bantuan kemanusiaa­n kepada mereka yang memerlukan.

“Blinken menekankan kepentinga­n penyelaras­an rapat berterusan dengan rakan serantau dan antarabang­sa dalam menyelesai­kan konflik di Gaza dan siap sedia untuk fasa pascakonfl­ik,” kata Miller.

Lawatan itu menandakan persinggah­an pertama dalam jelajah Timur Tengah keenam dilakukan Blinken, sejak perang Israel-Hamas bermula pada 7 Oktober tahun lalu.

 ?? ?? BANTUAN kemanusiaa­n digugurkan di Gaza.
BANTUAN kemanusiaa­n digugurkan di Gaza. FOTO Reuters
BANTUAN kemanusiaa­n digugurkan di Gaza. BANTUAN kemanusiaa­n digugurkan di Gaza. FOTO Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia