Harian Metro

‘Hati saya sakit’

Legenda berbasikal negara, Joo Ngan terguris apabila segelintir pihak dakwa beliau rasis

- Oleh Aida Adilah Mat aida_adilah@hmetro.com.my

“Hati saya sakit,” itu kata-kata legenda berbasikal negara, Datuk Ng Joo Ngan apabila ada segelintir pihaknya yang mendakwa beliau rasis.

Joo Ngan meluahkan rasa kecewa apabila ada ibu bapa pelumba dari Persatuan Berbasikal Kuala Lumpur (KLCA) membangkit­kan isu rasis dalam pemilihan pelumba.

Joo Ngan yang menjadi jurulatih sejak 30 tahun lalu berkata, tindakan tegasnya mungkin menimbulka­n rasa kurang senang dalam kalangan ibu bapa mendorong mereka membuat dakwaan itu.

Malah biarpun hanya diberikan elaun RM2,500 sebagai jurulatih Kuala Lumpur

ketika di usianya 77 tahun, Joo Ngan tidak pernah mempertika­ikannya.

Khidmat Joo Ngan masih releven apabila berjaya membawa skuad berbasikal negara meraih emas di Sukan Sea Vietnam.

“Kelab kami sangat susah, banyak orang kata pilih kasih, rasis (tetapi) semua itu tipu. Saya mana ada rasis.

“Kalau kamu menjadi jurulatih, kamu tidak boleh berbuat sebegitu,” kata Joo Ngan dalam satu sidang media khas bersama Timbalan Presiden Persatuan Berbasikal Kuala Lumpur (KLCA) Firdaus Arshad, semalam. Sidang media itu diadakan bagi memperjela­skan situasi dialami KLCA selepas presidenny­a, Datuk Razlan Razali meletak jawatan kurang sebulan memegang jawatan itu.

Kelmarin, Razlan mengeluark­an satu kenyataan di akhbar berbahasa Inggeris mengenai penarikan dirinya sebagai presiden.

Perkara itu dibangkit ibu bapa yang nyata tidak berpuas hati dengan layanan Joo Ngan selepas pertemuan yang membawa kepada peletakan jawatan Razlan.

Difahamkan, ibu bapa tidak berpuas hati apabila KLCA tidak membayar elaun kepada pelumba tertentu serta layanan umum terhadap pelumba daripada kaum tertentu.

“Jika kata saya rasis, saya tak ambil anak angkat Melayu, saya tak jaga (Datuk) Azizulhasn­i Awang dulu.

“Saya tak bawa Nor Effandy Rosli, Suhaimi Keton, M Kumaresan. Mereka semua itu siapa. Siapa yang bawa mereka dulu sehingga mereka berjaya. Siapa kata saya pilih kasih kalau tengok semua itu.

“Saya hanya terima elaun RM2,500 untuk jaga pelumba Sukma (Sukan Malaysia) dari Majlis Sukan Wilayah Persekutua­n. Habis Sukma dah tak ada elaun lagi.

“Elaun untuk pelumba berumur 12, 13, 14 tahun memang tak ada. Tapi macam mana nak bagi elaun kalau datang latihan pun sekali dua saja,” katanya.

Joo Ngan berkata, beliau seorang yang tegas dan menekankan disiplin manakala pelumba yang tidak mengikut jadual latihannya memang tidak akan diberi muka.

“Kelab kami sangat susah, banyak orang kata pilih kasih, rasis Joo Ngan

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia