Harian Metro

Adam mahu sebaris pemain hoki senior

-

Kuala Lumpur: Usianya baharu 18 tahun, namun Muhammad Adam Ashraf Mohd Johari sudah menyimpan cita-cita tinggi terpilih menyarung jersi skuad senior hoki negara.

Pemain pernah beraksi di Piala Dunia Remaja di Kuala Lumpur, tahun lalu itu antara 46 pemain yang terpilih menjalani sesi pemilihan skuad kebangsaan di bawah bimbingan ketua jurulatih baharu Speedy Tigers, Sarjit Singh.

Bagi pemain tengah itu, tiada yang mustahil untuk menggapai impiannya itu dan dia mahu membuktika­n kemampuann­ya sepanjang sesi pemilihan sehingga 30 Mac ini sebelum Sarjit mengumumka­n senarai 30 pemain terbaik pada 1 April.

“Kalau boleh memang sasaran saya tahun ini adalah untuk masuk ke dalam skuad senior. Jika tak dapat, saya akan fokus kepada skuad remaja negara.

“Saya tak letak harapan tinggi sangat, hanya mahu lakukan yang terbaik semasa sesi pemilihan. Kalau ada rezeki Alhamdulil­lah.

“Saya rasa ada kelebihan dari aspek kemahiran dan paling penting saya ada tahap kecergasan tinggi,” katanya.

Adam adalah pemain termuda yang membarisi skuad remaja negara di Piala Dunia tahun lalu dan dia membalas kepercayaa­n itu apabila meledak gol ketika bertemu Belgium, New Zealand serta Chile.

Selain Piala Dunia Remaja,

Adam pernah membantu skuad remaja negara meraih pingat emas di Sukan Sea Kemboja serta beraksi di Piala Remaja Asia di Oman dan Piala Sultan Johor.

Pemilihan dilakukan Sarjit bagi membentuk pasukan baharu untuk menghadapi Piala Sultan Azlan Shah yang berlangsun­g dari 4 sehingga 11 Mei depan.

Skuad negara tampil selaku juara bertahan akan bersaing bersama Kanada, Jepun, New Zealand, Pakistan dan Korea Selatan.

Skuad negara kemudian akan beraksi di Piala Negara-Negara di Poland bermula 31 Mei sehingga 9 Jun depan.

 ?? ?? ADAM Ashraf (dua dari kiri) bersama pemain hoki negara, Fitri Saari (kanan) ketika menjalani sesi latihan skuad hoki kebangsaan di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil. - Gambar NSTP/AIZUDDIN SAAD
ADAM Ashraf (dua dari kiri) bersama pemain hoki negara, Fitri Saari (kanan) ketika menjalani sesi latihan skuad hoki kebangsaan di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil. - Gambar NSTP/AIZUDDIN SAAD

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia