Harian Metro

MFL tak ‘berlembut’ isu tunggakan gaji

-

Kuala Lumpur: Liga Bolasepak Malaysia (MFL) tidak pernah berlembut atau terlalu memberi muka kepada Kedah Darul Aman (KDA) FC dan Kuala Lumpur (KL) City FC apabila memberi ruang dan peluang kepada mereka sehingga 30 Mac ini bagi menyelesai­kan semua tunggakan gaji dihadapi.

Presiden MFL, Datuk Ab Ghani Hassan berkata, MFL sekali lagi memberi peluang kepada dua pasukan itu selepas melihat komitmen dan keupayaan mereka untuk menyelesai­kan isu dihadapi berdasarka­n dokumen dihantar kepada MFL.

Malah, beliau menjelaska­n MFL tidak pernah ‘berlembut’ dalam isu tunggakan gaji yang dilihat menjadi satu perkara serius terutama selepas mengambil kira beberapa pasukan sudah ‘ditendang keluar’ daripada saingan Liga Malaysia (Liga M) sebelum ini.

“Kita ikut apa yang diperhatik­an kerana kadang-kadang kita memerhati daripada cakap-cakap sahaja, tetapi kita suruh mereka hantar dokumen.

“Berpanduka­n itu, kita mengambil langkah seterusnya seperti yang dinyatakan dalam kenyataan akhbar sebelum ini.

“Jadi MFL tidak berlembut kerana banyak pasukan sudah keluar seperti Sarawak United dan Kelantan FC. Kita perlu pastikan liga ini kompetitif dan dihormati.

“Malah Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin pun menyatakan Persekutua­n Bolasepak Antarabang­sa (Fifa) dan Konfederas­i Bolasepak Asia (AFC) memerhatik­an apa yang berlaku dengan isu ini.

“MFL mengambil langkah tertentu untuk memastikan ia tidak berlaku lebih teruk lagi dan membantu pasukan supaya isu ini dapat diatasi negara,” kata Ghani pada sidang media selepas Majlis Berbuka Puasa MFL bersama Media di Subang Jaya, kelmarin.

Sebelum itu, Arena Metro melaporkan KDA FC dan KL City FC bakal berdepan pemotongan tiga mata dalam Liga Super selain denda sebanyak RM50,000 sekiranya gagal menyelesai­kan jumlah tunggakan gaji yang sedang dihadapi pasukan masing-masing pada tarikh kedua, 30 Mac ini.

Ini selepas kedua-dua pasukan itu gagal membuat bayaran 50 peratus jumlah tunggakan gaji bagi tahun 2023 pada tarikh pertama, 15 Mac 2024 seperti yang ditetapkan First Instance Body (FIB) sebelum ini.

“FIB akan menilai semula status lesen kelab terbabit jika tidak mematuhi tarikh akhir kedua pembayaran tunggakan gaji serta tidak memiliki kewangan kukuh untuk terus bersaing dalam musim Liga M akan datang,” kata Pengerusi FIB, Sheikh Mohd Nasir Sheikh Mohd Sharif.

 ?? ??
 ?? ?? AB Ghani Hassan.
AB Ghani Hassan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia