Harian Metro

TAK PERASAN ADA EMAS RM1 JUTA!

- Oleh Muhaamad Hafis Nawawi mhafis@mediaprima.com.my Kuala Lumpur

Buang peti besi di dasar Sungai Sembrong di Batu Pahat, Johor bagi menghapusk­an bukti jenayah pecah rumah milik usahawan wanita terkenal membabitka­n barang kemas dan wang berjumlah RM2.1 juta.

Itu tindakan empat suspek termasuk tiga wanita yang akhirnya berjaya ditahan polis selepas lebih dua minggu melakukan siasatan kes pecah rumah mangsa di Padang Balang, di Sentul di sini pada 4 Mac lalu.

Susulan penahanan semua suspek berusia antara 22 hingga 36 tahun itu, polis turut menemukan semula peti besi yang dilarikan selain empat jongkong emas, pelbagai barangan kemas, beg berjenama serta wang tunai yang semuanya dianggarka­n bernilai RM2.1 juta.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid mengesahka­n semua suspek itu ditahan pada 5 Mac lalu oleh Unit Risikan Jenayah (D4) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ)

Selangor di Batu Pahat, Johor.

“Menerusi tangkapan itu, polis Selangor merampas pelbagai jenis barang kemas, jam tangan serta pelbagai beg berjenama yang dipercayai hasil pecah rumah.

“Semua suspek direman Polis Selangor sehingga 16 Mac lalu sebelum diserahkan kepada Polis Kuala Lumpur bagi membantu siasatan kes pecah rumah yang berlaku di Padang Balang itu.

“Mereka direman sembilan hari sehingga 25 Mac ini dan hasil soal siasat, suspek mendedahka­n lokasi peti besi yang dilarikan dalam kes itu.

“Pada 19 Mac lalu, dengan bantuan Jabatan Bomba dan Penyelamat, kita berjaya menemui peti besi berkenaan yang dibuang dalam Sungai Sembrong di Batu Pahat,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Wangsa Maju di sini, kelmarin.

Allaudeen berkata, pemeriksaa­n pada peti besi itu menemukan semula empat jongkong emas bernilai RM1 juta yang gagal ditemui suspek kerana disimpan dalam petak tersorok dalam peti besi terbabit.

“Secara keseluruha­n, kita menemui semula empat jongkong emas, 15 rantai emas, 14 gelang emas, dua cincin emas, tujuh beg berjenama dan masing-masing satu loket emas serta subang emas dengan nilai dianggarka­n RM2.1 juta.

“Pihak polis turut menemui semula wang tunai RM60,000 daripada keseluruha­n RM400,000 yang dilarikan dalam kes ini dan kita masih mengesan bakinya,” katanya.

Allaudeen berkata, kumpulan ini dipercayai terbabit dengan beberapa kes pecah rumah di Kelantan dan Selangor, selain di ibu kota dengan modus operandi mereka menyasarka­n ahli perniagaan dan pempengaru­h media sosial.

“Siasatan mendapati suspek berusia 36 tahun adalah dalang utama kumpulan ini dan semakan mengesahka­n lelaki itu mempunyai 20 rekod lampau berkait kes jenayah dan dadah. Tiga suspek wanita turut mempunyai beberapa rekod lampau.

“Menerusi penahanan semua suspek ini, kita percaya berjaya menyelesai­kan kes pecah rumah di Padang Balang pada 4 Mac lalu. Kita juga merujuk kertas siasatan kepada timbalan pendakwa raya dalam masa terdekat,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan iaitu pecah rumah.

Media sebelum ini melaporkan seorang usahawan wanita kerugian RM3.5 juta selepas peti besi yang mengandung­i jongkong emas dan wang tunai dilarikan dalam kejadian di Padang Balang, Sentul.

Suspek turut melarikan beberapa beg tangan pelbagai jenama dalam kejadian antara jam 10 malam dan 12 tengah malam berkenaan.

Kejadian pecah masuk itu berlaku ketika ahli perniagaan wanita terbabit serta keluargany­a tiada di rumah dan penjenayah turut merosakkan kamera litar tertutup (CCTV) kediaman terbabit.

 ?? ?? ALLAUDEEN (kanan) menunjukka­n pelbagai barang kemas, beg tangan dan peti besi hasil rampasan daripada penahanan empat individu yang disyaki terbabit kes pecah rumah usahawan wanita terkenal.
ALLAUDEEN (kanan) menunjukka­n pelbagai barang kemas, beg tangan dan peti besi hasil rampasan daripada penahanan empat individu yang disyaki terbabit kes pecah rumah usahawan wanita terkenal.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia