Harian Metro

Penuntut ditemui maut di bilik asrama

-

Lahad Datu: Mohammad Nazmie Aizzat Muhd Narul Azwan, 17, ditemukan meninggal dunia di bilik asrama sebuah kolej vokasional, di sini, kelmarin dipercayai dibelasah rakan.

Terdahulu, Mohammad Nazmie Aizzat ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri oleh warden asrama yang bertugas, jam 6.50 pagi.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu Asisten Komisioner Dr Rohan Shah Ahmad berkata, pihaknya dimaklumka­n berkaitan kejadian oleh pengarah kolej berkenaan.

Katanya, mangsa adalah penghuni asrama kolej berkenaan dan disahkan meninggal dunia di lokasi oleh pasukan perubatan Hospital Lahad Datu.

“Selepas dimaklumka­n berkaitan kejadian, anggota Bahagian Siasatan Jenayah Daerah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lahad Datu bergegas ke lokasi. “Kami mangsa dalam keadaan terbaring di atas lantai di sebuah daripada bilik asrama kolej itu,” katanya pada kenyataan. menemukan

Menurutnya, pemeriksaa­n menemukan kesan kecederaan dan lebam di beberapa bahagian badan mangsa.

“Punca kejadian ialah perselisih­an faham antara mangsa dengan penghuni-penghuni asrama yang lain.

“Mayat dibawa ke Hospital Lahad Datu untuk bedah siasat,” katanya.

Beliau berkata, sehingga semalam, polis sudah menahan 13 pelajar lelaki berusia 16 tahun dan 19 tahun selain merampenge­cas pas seunit telefon pintar yang diada percayai kaitan dengan kes ini.

“Setakat ini (semalam), polis sudah mengesan tujuh saksi bebas untuk membantu siasatan.

“Kes disiasat mengikuti Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,”

“Punca kejadian ialah perselisih­an faham antara mangsa dengan penghuni asrama Dr Rohan Shah

katanya.

Pada masa sama, beliau meminta orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan kes terbabit.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia