Harian Metro

‘BIAR MISKIN AJE BERDAFTAR’

- Oleh Mohd Roji Kawi am@hmetro.com.my Kuching

“Jika Padu (sistem Pangkalan Data Utama) bertujuan untuk membantu orang miskin, biarlah orang miskin mendaftar, bukannya mewajibkan semua orang mendaftar,” kata Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah.

Menurutnya yang juga Menteri Pelanconga­n, Industri Kreatif dan Seni Persembaha­n Sarawak, Padu juga tidak harus dilaksanak­an secara tergesa-gesa dan memaksa semua rakyat mendaftar.

Pada masa sama, menurut beliau, mendaftar Padu ibarat ‘menelanjan­gkan diri’ kerana pendaftar perlu mendedahka­n butiran peribadi termasuk akaun bank, hartanah dan pelaburan.

“Saya tidak fikir itu cara yang betul untuk rakyat. Kita semua mempunyai hak untuk menjaga privasi.

“Kita sudah ada sistem e-Kasih yang diadakan bagi mengenalpa­sti golongan miskin yang memerlukan bantuan, jadi apa keperluan adanya Padu pula?,” soalnya.

Oleh itu, beliau berkata, Kerajaan Negeri Sarawak meminta beberapa perubahan dibuat di dalam maklumat yang diperlukan Padu.

Kata beliau, perkara itu dibincangk­an dalam mesyuarat Kabinet negeri baru-baru ini, berikutan timbul keraguan berhubung maklumat peribadi individu yang tidak sepatutnya didedahkan.

“Ia bukan bermakna Kerajaan Negeri Sarawak tidak menyokong inisiatif Kerajaan Persekutua­n, tetapi sekadar meminta Padu diteliti semula.

“Ini membabitka­n maklumat peribadi dan jika tiada keraguan, sudah tentu kami akan menyokong Padu.

“Ada beberapa perkara penting yang kami mahu kementeria­n terbabit jelaskan dan mungkin butiran tertentu yang mereka tidak perlu minta,” katanya.

“Saya tidak fikir itu cara yang betul untuk rakyat. Kita sudah ada sistem e-Kasih yang diadakan bagi mengenal pasti golongan miskin yang memerlukan bantuan”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia