Harian Metro

Isu panas: Nasihat Ardini Angeline

-

Kuala Lumpur: Pelakon Ardini Angeline Tan menasihatk­an semua kaum dan penganut berbilang agama di Malaysia agar menghormat­i antara satu sama lain.

Menurutnya, negara kita sudah lama mempunyai pelbagai bangsa serta agama dan isu-isu panas sepatutnya tidak berlaku lagi.

“Kita patut dah sangat memahami antara satu sama lain. Kita dah belajar antara satu sama lain dan hormat menghormat­i. Saya tak nak komen berlebihan.

“Tapi saya hanya mampu dan selagi boleh nak jadi contoh yang baik,” katanya.

Ardini Angeline Tan dan suaminya Sabri Yunus ditemui semasa terbabit dalam program Nostalgia Ramadan Syawal@Muzium Negara.

Mereka terbabit sebagai tetamu Bicara@Muzium Ramadan Terindah Pintu Ke Jannah yang menampilka­n Chuari Selamat sebagai moderator dan Ustaz Rozie Rejab sebagai panel.

Ardini Angeline, 57, yang berkahwin dengan Sabri, 62, pada 14 Oktober lalu berkata, isu-isu sebegini sedikit sebanyak boleh berlaku pada bila-bila masa dan dia merasakan tidak perlu untuk dibincangk­an dengan suaminya.

“Tak perlu bincang sebab kami akan fikir benda yang sama. Kenapa semua ini terjadi? Saya pun tak tahu kenapa. Tapi kita perlu ada lebih kasih sayang antara satu sama lain.

“Terima satu sama lain, hormat antara satu sama lain, toleransi satu sama lain serta memberi dan menerima antara satu sama lain. Bukan di antara satu sama lain, lain-lain bangsa sahaja, tapi dalam keluarga, pejabat dan di mana-mana sahaja.

“Jadi kita tak usah cakap banyak sebab setiap kita kena buat baik supaya sedikit-sedikit kita dapat buat perubahan yang besar,” katanya.

Ditanya mengenai persiapan semasa Ramadan, Ardini Angeline bersyukur kerana penyediaan makanan sahur disiapkan oleh anak dan menantu suaminya.

“Anak abang cef jadi dia buat semua. Pakaian raya pun tak beli apa-apa kerana akan memakai baju yang belum atau jarang dipakai sebelum ini. Hari Raya bukan alasan untuk berbelanja besar,” katanya.

 ?? ?? ARDINI Angeline bersama Sabri Yunus.
ARDINI Angeline bersama Sabri Yunus.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia