Harian Metro

IS MENGAKU

- AFP

Sekurang-kurangnya 60 orang terbunuh dan lebih ramai lagi cedera dalam serangan pengganas di dewan konsert, Crocus City Hall, pinggir Moscow, kelmarin.

Serangan itu disifatkan yang terburuk di Rusia apabila sekumpulan lelaki bersenjata melepaskan tembakan dan meletupkan bahan api di tempat kejadian.

Memetik jurucakap Jawatankua­sa Penyiasata­n Rusia sebagai berkata, masih terlalu awal untuk menyatakan apa-apa mengenai nasib penyerang.

Dalam laporan awal, pihak berkuasa berkata, sekurang-kurangnya 145 orang cedera.

Kumpulan IS mengaku bertanggun­gjawab atas serangan dalam siaran di Telegram dengan mendakwa lelaki bersenjata­nya berjaya melarikan diri selepas kejadian.

Seorang pegawai Amerika Syarikat (AS) berkata, Washington mempunyai risikan yang mengesahka­n dakwaan kumpulan itu.

Menerusi video yang disiarkan, sekurang-kurangnya empat lelaki bersenjata melepaskan tembakan ketika warga Rusia yang panik melarikan diri untuk menyelamat­kan diri.

Dalam satu klip lain, tiga lelaki membawa senapang melepaskan tembakan dari jarak dekat ke arah orang ramai di sekitar lobi dewan konsert.

Kanak-kanak dilaporkan antara mangsa serangan itu manakala sekurang-kurangnya dua letupan dilapor berlaku di dewan konsert.

Menjelang lewat petang Jumaat, pihak berkuasa

Rusia melancarka­n pemburuan besar-besaran ke atas lelaki bersenjata dalam serangan itu, memberi amaran kepada penduduk di Moscow dan pinggir bandarnya supaya memerhatik­an suspek.

Video yang dimuat naik dalam talian menunjukka­n insiden tragis beberapa orang meminta bantuan dari bumbung dewan konsert ketika ia terbakar di belakang mereka.

Rakaman video lain pula menunjukka­n orang ramai menjerit, merangkak dengan tangan dan lutut keluar dari dewan atau melarikan diri menuruni tangga.

Seorang saksi dikenali sebagai Alexei berkata, dia baru hendak duduk apabila mendengar beberapa bunyi tembakan dan jeritan orang ramai.

“Saya segera sedar bahawa ia adalah tembakan automatik dan kemungkina­n besar ia serangan pengganas,” katanya.

Seorang lagi penonton konsert menggambar­kan situasi panik apabila orang ramai dalam ketakutan cuba melarikan diri.

“Rempuhan bermula. Semua orang berlari ke escalator. Semua orang menjerit. Semua orang berlari,” katanya.

Sekurang-kurangnya tiga helikopter kecemasan dikerah untuk memadamkan kebakaran. Sebahagian bumbung Crocus City Hall runtuh.

Presiden Vladimir Putin mendoakan semua yang cedera dalam serangan pengganas berkenaan segera pulih.

Datuk Bandar Moscow Sergei Sobyanin berkata, kerajaan Moscow akan membatalka­n semua program kebudayaan, sukan dan acara besar-besaran lain pada hujung minggu selepas serangan itu.

Video yang dimuat naik dalam talian menunjukka­n insiden tragis

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia