Harian Metro

TERPEROSOK MASUK LUBANG

Holeshot Endurance Rally 2024 cabar 200 peserta dengan laluan belantara dan cuaca hujan

- Oleh Lizam Ridzuan lizamridzu­an@hmetro.com.my

Cabaran kembara lasak motosikal kini semakin mendapat perhatian serta mula dianjurkan di Malaysia dan salah satunya menerusi Holeshot Endurance Rally 2024 yang diadakan baru-baru ini.

Ia berlangsun­g selama dua hari yang bermula di Felda Medoi di Segamat Johor dan berakhir dan Pantai Rantau Panjang, Kuala Rompin Pahang dan kemudian berpatah balik pada hari kedua.

Acara ini adalah anjuran Holeshot Motowear yang mendapat kerjasama daripada Perbadanan Taman Negari Pahang (PTNP).

Konsep kembara motosikal lasak menerusi ‘trail off-road’ ini dengan melalui jalan Hutan Simpan Kekal Lesong di Pahang yang melibatkan pelbagai jenis motosikal jenis dual-purpose atau pengembara­an seperti BMW GS, KTM Adventure, Yamaha Tenere, Suzuki VStrom 800DE, Honda Africa Twis, Gas Gas, Husqvarna, Aventa Ranger dan banyak lagi.

Lebih 200 penyertaan dicatatkan dengan penampilan peserta pelbagai peringkat daripada pro dan amatur seperti Gabit, Acoi Pangkolo dan Hazim Hayazi menambah kemeriahan acara.

Kembara hari pertama dimulakan seawal jam 9 pagi dari Segamat dan kemudian singgah di

Felda Selancar 2 bagi isian bahan api dan meneruskan perjalanan dengan pelbagai cabaran berjaya ditempuhi peserta meskipun keadaan permukaan laluan yang sukar oleh kerana cuaca hujan yang turun sebelum acara.

Hampir keseluruha­n perjalanan menerusi jalan tanah merah, hutan dan kawasan berbukit yang bukan sahaja mencabar mental malahan fizikal peserta bagi melepasi setiap laluan dengan pelbagai situasi yang tidak dijangka kerap berlaku.

Sepanjang laluan turut menyaksika­n banyak motosikal terjatuh kerana jalan licin, selain ada yang terperosok ke dalam lubang adalah warna-warni aktiviti yang menjadikan ia tampil lebih drama.

Namun tiada kecederaan peserta dilaporkan dan kesemuanya berjaya menamatkan kembara rali pada hari pertama dan peserta terakhir tiba jam 5.30 petang.

Setibanya di Rompin, peserta berkhemah di Pantai Perkhemaha­n Perkampung­an Pelanconga­n, Kampung Rantau Panjang di

Kuala Rompin, Pahang untuk berehat sebelum menyambung cabaran pada hari kedua.

Sebelum perlumbaan pada keesokan harinya, diadakan aktiviti menanam pokok menerusi Program Kempen 100 juta Pokok oleh Jabatan Hutan Daerah Rompin bersama peserta sebagai salah satu aktiviti kelestaria­n alam sekitar.

Peserta kemudian dilepaskan untuk kembali ke Segamat menggunaka­n laluan yang sama dan peserta terakhir tiba ialah pada jam 3.30 pagi.

Sebanyak 11 peserta tidak dapat meneruskan perlumbaan akibat kerosakan yang dialami pada motosikal selain masalah teknikal yang berlaku kepada peserta.

Pengarah Holeshot Motowear, Masri Ee Hashim Ee sebagai penganjur Holeshot Endurance Rally 2024 berkata acara ini sebagai menambah minat ramai serta menyediaka­n kepada peminat sukan permotoran lasak platform untuk melakukan aktiviti.

“Rata-rata peserta memberi maklum balas positif pasca perlumbaan dan laluan yang disediakan juga tidak terlalu sukar dan tidak juga terlalu mudah adalah seimbang dan sesuai buat mereka menikmati perjalanan.

“Kami juga merancang untuk menjadikan ini acara tahunan sebagai cara merapatkan lagi hubungan sesama pelumba dan penggiat aktiviti selain membangunk­an ekonomi setempat ketika penganjura­n acara dilakukan,” katanya.

Meskipun bukan sebagai perlumbaan tetapi acara ini lebih kepada format kembara motosikal lasak diadakan bertujuan bagi memberi peluang semua peserta dapat menyertai acara sedemikian terutama yang baharu untuk samasama menunggang dalam laluan lasak serta saling bantu-membantu jika berlaku masalah di dalam laluan hutan.

Semua peserta menerima medal sebagai tanda penghargaa­n selepas menamatkan perlumbaan dan pada majlis makan malam juga diadakan hadiah cabutan bertuah yang disumbangk­an oleh beberapa penaja bersama.

Majlis penutup disempurna­kan oleh Exco Kerja Raya, Pengangkut­an dan Kesihatan Pahang, ADUN Muadzam Shah serta Penyelaras Kawasan Bukit Ibam, YB Ir Razali Kassim, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Taman Negeri Pahang,

Abu Zahrim Ismail, Yang Dipertua Maljlis Daerah Rompin, Datuk Ahmad Nasim Haji Mohd Sidek dan Ketua Polis Daerah Rompin, DSP Nor Azman Yusof.

 ?? ?? KEMBARA lasak motosikal.
AKTIVITI menanam pokok di kawasan pantai.
PENYERTAAN lebih 200 penunggang.
KEMBARA lasak motosikal. AKTIVITI menanam pokok di kawasan pantai. PENYERTAAN lebih 200 penunggang.
 ?? ?? SEMANGAT bantu membantu sesama peserta.
SEMANGAT bantu membantu sesama peserta.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia