Harian Metro

Elak berkenalan golongan VVIP, enggan terkawal

-

Kuala Lumpur: Pelakon Aishah llias, 37, mengakui dia pernah bercinta dengan individu yang berstatus orang kenamaan (VVIP) namun hubungan dijalin itu putus di tengah jalan.

Aishah atau Siti Aishah Ilias berkata, dirinya memang sering cuba didekati golongan VVIP untuk menjadi pasangan, tetapi dia memilih menolak kerana enggan berasa terkawal.

“Saya sebenarnya sering juga didekati mereka yang VVIP ini untuk menjadi pasangan dan pernah juga bercinta dulu. Tapi, akhirnya saya putuskan hubungan sebab fikir itu lebih baik buat kami.

“Sekarang pun masih ada (VVIP) yang nak berkenalan, namun saya elakkan diri dan tidak menerimany­a kerana kurang selesa apabila dah pernah rasa pergerakan seakan terkawal seperti ketika bercakap, berjalan.

“Tak bebas untuk saya jadi diri sendiri. Sebabnya saya pula jenis orang yang suka buat saja apa saya nak, terutama memang tak ‘control’ sangat pun kalau bercakap, makan ke. Jadi, saya sendiri rasa susah nak beralih ke tahap orang kaya itu,” katanya.

Menurut Aishah, walaupun usianya semakin meningkat dan masih solo, namun dia bersyukur ibu dan kakaknya tidak pernah bertanya bila nak berkahwin dan mendesak agar

“Alhamdulil­lah, emak dan kakak saya okay saja bila hingga kini saya masih lagi tidak berkahwin. Malah, saya pun tidak ada sesiapa lelaki yang dicintai di dalam hati buat masa sekarang.

“Bagaimanap­un saya yakin kalau ada jodoh nanti, pasti takkan ke mana dan sampai masa berkahwin juga. Cuma, perkahwina­n bukanlah fokus utama saya berbanding karier sebagai wanita berdikari,” katanya.

Aishah yang melakonkan watak Mariam dalam drama Layang Layang Perkahwina­nan baru-baru ini, turut mempunyai kerja tetap di syarikat kawalan keselamata­n, selain aktif semula sebagai pelakon. segera mencari jodoh.

Buat mereka yang dah ‘kantoi’ di luar sana, bagilah macamana pun alasannya, jika pasangan nak terima atau tidak, itu hak dia (pasangan). Dia yakin atau tak alasan itu, hak dia. Nak terima penipuan itu kecil atau sebenarnya besar, hak dia”

Dr Mohd Fadzilah Kamsah

 ?? ??
 ?? ?? AISHAH llias
AISHAH llias

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia