Harian Metro

Setanding jenama antarabang­sa

BettyBeaut­y perkenal Pink Box BettyCosme­tics X Muabellaz

- Oleh Sri Ayu Kartika Amri kartika@mediaprima.com.my

BettyBeaut­y memperkena­lkan barisan produk barunya, Pink Box BettyCosme­tics X Muabellaz (Pink Box) dan Trio Stick yang menampilka­n kualiti setanding jenama antarabang­sa.

Pengasasny­a, Zetty Tajuddin berkata, sejak BettyBeaut­y ditubuhkan pada 2017 pihaknya menerima sambutan begitu menggalakk­an daripada pengguna dan sebelum ini juga jenama BettyBeaut­y dikenali dengan produk utama, Serum Oren.

Katanya, kelebihan produk BettyBeaut­y yang unik daripada lain termasuk pembungkus­an menarik serta kualiti setara jenama antarabang­sa menjadikan produk keluaran syarikat itu terus bertahan dan menjadi pilihan pelanggan.

“Kami optimis untuk menjual sebanyak mungkin produk BettyBeaut­y terutama yang baru di pasaran seperti Pink Box kerana selain pengguna menerima banyak manfaat (empat barang dalam satu kotak) ia juga ditawarkan pada harga mampu milik.

“Antara yang terdapat dalam pek ini ialah pensel kening 3 dalam 1, krim cc cream, pembayang mata dan pemerah pipi cecair di mana set lengkap alat solek ini sesuai untuk majlis tertentu,” katanya.

Mengakui bukan mudah menguruska­n perniagaan, Zetty yang meminati bidang kecantikan komited untuk terus fokus menaikkan nama BettyBeaut­y bukan saja di pasaran Malaysia, malah luar negara.

Beliau berkata, syarikat akan memberi tumpuan mengeluark­an produk yang memberi manfaat kepada pengguna di samping menggalakk­an orang ramai menjana pendapatan dengan produk yang pastinya berkualiti dan lain daripada pasaran.

Zetty berkata, pihaknya juga akan lebih agresif dalam pemasaran bagi mempromosi­kan jenama BettyBeaut­y tahun ini untuk mengukuhka­n jenama kosmetik itu.

“Untuk pertanyaan lanjut mengenai BettyBeaut­y boleh melayari media sosial Facebook, TikTok atau Instagram Zetty Tajuddin & bettybeaut­yhq,” katanya.

 ?? ?? ZETTY (kanan) bersama Nur Nabila Zulyadaini (Muabellaz) menunjukka­n produk keluaran Pink Box BettyBeaut­y.
ZETTY (kanan) bersama Nur Nabila Zulyadaini (Muabellaz) menunjukka­n produk keluaran Pink Box BettyBeaut­y.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia