Harian Metro

Cuti sambil makan di angkasa lepas!

-

Washington: Pencinta makanan berpoket tebal berpeluang menikmati sajian mewah termahal dalam suasana tenang yang mungkin tidak terjangkau dek akal.

Dengan bayaran hampir AS$500,000 (RM2.368 juta), mereka boleh menikmati hidangan disediakan cef restoran terkenal di angkasa lepas.

South China Morning Post (SCMP) melaporkan SpaceVIP iaitu syarikat pengembara­an angkasa lepas dari New York bekerjasam­a dengan cef Rasmus Munk daripada Restoran Alchemist di Copenhagen, Denmark yang bertaraf dua bintang Michelin untuk mencipta pengalaman makan di luar Bumi.

Pengasas SpaceVIP, Roman Chiporukha berkata, belon berteknolo­gi tinggi membawa tetamu itu dijangka memulakan perjalanan pada 2025, dengan pihaknya menggaji Rasmus selama enam jam untuk menghasilk­an menu mewah buat enam tetamu.

Tetamu dibawa hingga ke ketinggian 100,000 kaki (30 kilometer) dari paras laut dan makan sambil menikmati keindahan matahari terbit dan boleh juga menggunaka­n Wi-fi untuk berkongsi detik itu secara langsung dengan rakan atau keluarga di rumah.

Menu hidangan mewah masih belum dimuktamad­kan cef berusia 32 tahun itu, tetapi difahamkan beliau mahu menghasilk­an hidangan yang inovatif seperti perjalanan itu sendiri.

Rasmus berkhidmat di Restoran Alchemist menduduki tempat kelima dalam panduan 50 Restoran Terbaik Dunia untuk 2023.

Kapal angkasa SpaceVIP yang dibina oleh Space Perspectiv­e tidak memerlukan latihan atau peralatan khas, menurut satu kenyataan tetapi kapsul bertekanan itu akan dinaikkan belon angkasa menggunaka­n teknologi yang dibangunka­n NASA.

Mengesahka­n ia bukan roket, ujian penerbanga­n bagi perjalanan itu akan bermula pada April.

SpaceVIP bukan syarikat pertama menawarkan peluang makan di angkasa lepas.

Pada 2023, Zephalto dari Perancis mengumumka­n peluang makan dalam belon angkasa di pinggir stratosfer­a pada harga bermula AS$132,000 (kira-kira RM625,257) tahun depan.

 ?? ?? BELON angkasa SpaceVIP yang dicipta untuk membawa golongan kaya menikmati hidangan mewah di angkasa lepas. FOTO Agensi/SpaceVIP.
BELON angkasa SpaceVIP yang dicipta untuk membawa golongan kaya menikmati hidangan mewah di angkasa lepas. FOTO Agensi/SpaceVIP.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia