Harian Metro

‘Bukan tahu hal bola saja’

Komuniti sukan Igunner Malaysia santuni anak yatim, golongan kurang bernasib baik dalam pelbagai aktiviti masyarakat sejak 2016

- Oleh Syazwan Msar mohdsyazwa­n@hmetro.com.my

Komuniti penyokong bola sepak tempatan bukan hanya sibuk dengan aktiviti membabitka­n sukan atau kelab diminati semata-mata, namun sebenarnya mereka sering mengadakan program kemasyarak­atan dalam usaha membantu golongan kurang bernasib baik di negara ini.

Situasi terbabit dapat dilihat menerusi komuniti bola sepak Igunner Malaysia yang tidak pernah gagal meraikan golongan kurang bernasib baik terutama anak yatim sepanjang Ramadan.

Igunner Malaysia yang terkenal sebagai penyokong tegar kelab Liga Perdana Inggeris (EPL), Arsenal komited meraikan golongan kurang bernasib sejak 2016 dengan mengadakan majlis berbuka puasa selain turut menghulurk­an sumbangan kepada masyarakat.

Menurut Presiden Komuniti Bolasepak Igunner Malaysia, Roses Silawati Mohamed Ali, penyokong Arsenal di negara ini dengan kerjasama beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) memastikan program iftar berlangsun­g setiap tahun selain turut menyedia bantuan khas kepada rumah anak yatim sebagai persediaan untuk menyambut Aidilfitri.

Malah, beliau berkata, program dilaksanak­an itu juga mendapat tajaan daripada syarikat tempatan selain disertai komuniti atau kelab penyokong EPL lain seperti Manchester City, Liverpool dan Chelsea.

“Tahun ini kali kesembilan kami melaksanak­an program berbuka puasa bersama anak yatim dan golongan kurang bernasib baik bersama penyokong Arsenal.

“Program iftar ini membabitka­n lima rumah anak yatim di sekitar Lembah Klang iaitu secara keseluruha­nnya 120 penerima sumbangan,” katanya.

Selain itu, Roses Silawati berkata, komunitiny­a turut mengadakan program lain seperti bantuan persekolah­an, program kotak rezeki dan menghulurk­an sumbangan kepada individu ditimpa musibah.

“Kami bukan hanya komuniti penyokong Arsenal semata-mata, namun turut terbabit aktiviti masyarakat dalam usaha meringanka­n bebanan golongan kurang bernasib baik.

“Program dilaksanak­an tidak hanya tertumpu di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor, namun turut membabitka­n negeri lain membabitka­n penyokong tegar Arsenal,” katanya.

Selain itu, katanya, program terbabit dilaksanak­an bagi membuang tanggapan segelintir masyarakat bahawa komuniti Igunner hanya ‘sibuk’ membabitka­n aktiviti kelab bola sepak tanpa program kemasyarak­atan.

“Sememangny­a kami kerap berkumpul bersama ahli komuniti apabila ada aksi membabitka­n Arsenal namun itu bukan aktiviti utama penubuhan.

“Kami mahu memperluas­kan lagi fungsi komuniti dan menjadi antara platform kepada ahli untuk menghulurk­an sumbangan kepada masyarakat terutama pada Ramadan,” katanya.

“Kami mahu memperluas­kan lagi fungsi komuniti Roses Silawati

Kekalahan 0-2 di tangan Oman dalam aksi Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 di Stadium Nasional Bukit Jalil malam kelmarin, menyaksika­n badi ‘Pak Arab’ terus menghantui skuad Harimau Malaya apabila pasukan negara tidak pernah mencatat sebarang kemenangan sejak sedekad lalu.

Daripada 37 perlawanan sejak 2010, pasukan negara hanya mampu melakar tiga kemenangan dan dua seri sepanjang tempoh panjang itu dengan kemenangan terakhir adalah pada 2014 di mana Malaysia berjaya membenam Yaman 2-1 dalam pusingan Kelayakan Piala Asia 2015.

Selebihnya, skuad negara tumbang dengan negara Asia Barat seperti Jordan, Palestin, Oman, Bahrain, Lubnan, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Qatar, Kuwait dan banyak lagi.

Kekalahan terbesar sudah tentunya ketika dibelasah teruk UAE dengan kekalahan 10-0 pada kempen Kelayakan Piala Dunia 2018 yang berlangsun­g di Dubai pada 2015 lalu di mana skuad Harimau Malaya waktu itu dibimbing Datuk Dollah Salleh.

Malah, ia dianggap kekalahan terbesar dalam sejarah bola sepak Malaysia sejak ditubuhkan pada 1963 lalu.

Mengulas situasi itu, pemerhati bola sepak tempatan, Sulaiman Hussin berpendapa­t kelebihan teknikal individu yang dimiliki pemain dari negara teluk menjadikan mereka selangkah lebih baik daripada pasukan negara.

Sulaiman yang memiliki Lesen Diploma Pro A FAM/AFC berkata, pemain dari Asia Barat semakin menunjukka­n peningkata­n terutama menerusi asas bola sepak yang baik serta aspek hantaran kemas.

Beliau berkata, pasukan Asia Barat lazimnya memiliki pemain berskil tinggi, teknikal yang cukup bagus dan bermain sebagai satu unit.

“Inilah kelebihan individu yang ada pada mereka, kalau kita nak kalahkan pasukan dari Arab ini kita mesti mempunyai pemain yang memiliki teknikal individu baik juga. Mempunyai sentuhan teknikal yang baik ditambah kebolehan individu yang kuat, kalau kita tak ada pemain secara individu yang kuat ini agak susah, sebab setiap pemain mereka senang makan kita dalam situasi satu lawan satu.

“Mereka punyai kawalan bola, hantaran dan kombinasi permainan baik. Paling penting keyakinan mereka juga tinggi kerana yakin dengan kemampuan asas, kemampuan teknikal yang mereka ada. Jadi bermain dengan pasukan Arab ini, kalau kita nak main hantaran jauh dan lari dan target man susah.

“Kita kena cari pemain yang punyai teknikal bagus

dan kuat, baru kita boleh beri tentangan kepada mereka,” kata bekas jurulatih beberapa pasukan di Liga Malaysia itu.

Kelmarin, Malaysia tumbang buat kali kedua berturut-turut di tangan Oman dalam aksi Kumpulan D dan kini menghuni tempat ketiga kumpulan itu dengan enam mata daripada empat perlawanan,

ketinggala­n tiga mata di belakang Kyrgyzstan dan Oman.

Bagaimanap­un, Harimau Malaya masih berpeluang mara ke pusingan ketiga Piala Dunia 2026 dan layak automatik ke Piala Asia 2027 jika memenangi baki dua aksi bertemu Taiwan di tempat sendiri dan Kyrgyzstan di gelanggang lawan Jun depan.

 ?? ?? MAJLIS berbuka puasa bersama anak yatim yang diadakan sempena Ramadan setiap tahun.
MAJLIS berbuka puasa bersama anak yatim yang diadakan sempena Ramadan setiap tahun.
 ?? ?? ACARA sukan kelab komuniti peminat bola sepak.
ACARA sukan kelab komuniti peminat bola sepak.
 ?? ??
 ?? ?? ANTARA aktiviti masyarakat dijalankan Igunner Malaysia. -Gambar Facebook iGunner Malaysian Football Community.
ANTARA aktiviti masyarakat dijalankan Igunner Malaysia. -Gambar Facebook iGunner Malaysian Football Community.
 ?? ??
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia