Harian Metro

Biar semua dapat rasa pakai baju raya

Lelaki tampil dengan inisiatif ‘Free Market’ agih pakaian percuma

- Oleh Redzuan Muharam redzuan.muharam@hmetro.com.my Segamat

Menyedari bukan semua orang berkemampu­an membeli baju raya baharu, Muhammad Mufarizam tampil dengan inisiatif Free Market bagi mengagihka­n pakaian terpakai secara percuma.

Muhammad Mufarizam, 41, berkata, inisiatif itu juga dilakukan bagi memastikan penerima dapat memakai baju raya seperti orang lain pada 1 Syawal nanti.

Pembantu penguat kuasa bahagian kesedaran awam Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersiha­n Awam (SWCorp) Segamat, Johor itu berkata, pakaian diagihkan adalah hasil sumbangan orang ramai yang dikumpul sejak awal tahun.

Katanya, khemah Free Market terletak di lima bazar Ramadan sekitar bandar ini dan agihan juga dibuat di hadapan pejabat SWCorp di sini, jadi mereka yang berminat boleh mengambiln­ya secara percuma.

“Kita tak nak baju tak digunakan dibuang begitu saja kerana ada yang masih elok. Jadi daripada dibuang lebih baik ia diberikan kepada orang yang memerlukan.

“Pengumpula­n dibuat di Masjid Bandar Putra IOI dan Free Market dijalankan dengan kerjasama unit kesedaran awam SWCorp bersempena dengan kempen hargai makanan elakkan pembaziran,” katanya ketika dihubungi Harian

Metro.

Dalam keterujaan menyambut Ramadan dan Aidilfitri tidak lama lagi, Muhammad Mufarizam mengakui sebak melihat mereka yang datang dan mengambil baju raya.

“Waktu mereka datang ke khemah, saya boleh tengok betapa bersyukur mereka apabila dapat baju raya percuma.

“Terukir senyuman pada wajah mereka dan sedih juga melihatnya kerana faham dalam keadaan ekonomi sekarang, tak semua orang mampu nak beli baju raya yang baru.

“Jadi diharap usaha ini dapat membantu menggembir­akan mereka pada pagi raya nanti,” katanya.

Menurutnya, memang ramai yang menghantar pakaian terpakai ke Masjid Bandar Putra IOI, di sini.

“Tapi kita buat agihan secara berperingk­at dengan simpan sebahagian­nya untuk bekalan mangsa bencana alam.

“Pakaian itu disimpan dalam stor dan mereka yang berhajat boleh hubungi untuk mengambiln­ya.

“Dianggarka­n 200 hingga 300 baju sudah diagihkan di Masjid Bandar Putra IOI dan Free Market diadakan dua kali dalam setahun termasuk waktu hampir pembukaan sekolah,” katanya

“Kita tak nak baju tak digunakan dibuang begitu saja kerana ada yang masih elok. Jadi daripada dibuang lebih baik ia diberikan kepada orang yang memerlukan”

 ?? ?? MUHAMMAD Mufarizam mengagihka­n baju raya terpakai secara percuma.
MUHAMMAD Mufarizam mengagihka­n baju raya terpakai secara percuma.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia