Harian Metro

‘KINI SAYA TENANG’

- Oleh Syafil Syazwan Jefri syafil.syazwan@hmetro.com.my Petaling Jaya

Bekas pemain bola sepak kebangsaan yang juga penyampai radio Era, Safee Sali melihat kontrovers­i yang berlaku dalam kehidupan rumah tangganya adalah teguran daripada Allah kepadanya.

Safee, 40, berkata, dia sentiasa berfikiran positif dan yakin ada hikmah di sebalik apa yang berlaku susulan pendedahan bekas isteri, Fitria Elfina Maharip di satu program podcast, baru-baru ini.

“Ini adalah ujian buat saya dan setiap ujian itu adalah peringatan dan jentikkan agar kita ingatlah Dia dan bukan bergantung kepada manusia.

“Saya terima ujian ini dan sentiasa berfikiran positif. Ada hikmah disebalikn­ya dan saya tidak boleh berputus asa.

“Saya akan terus melangkah ke hadapan untuk meneruskan kehidupan,” katanya kepada Harian Metro.

Tambah bekas pemain pasukan Johor Darul Takzim (JDT) itu lagi, media sosial bukan ruang terbaik untuk menyelesai­kan isu berkaitan rumah tangga.

“Pada saya, media sosial bukan tempat untuk menyelesai­kan masalah. Kita ada meja perundanga­n dan boleh berbincang secara baik di hadapan hakim dan saksi yang lebih baik.

“Saya tak boleh komen panjang mengenai hal itu kerana saya hanya boleh mengawal diri saya sahaja. Saya tak boleh kawal orang luar dan tak mampu nak berbuat apa-apa.

“Apapun, saya doakan agar kita diampunkan segala dosa, dibukakan pintu hidayah, mengumpul segala pahala dan fokus di bulan Ramadan. Kini, saya tenang,” katanya.

Diminta mengulas mengenai perkahwina­n ketika seperti yang diperkatak­an baru-baru ini, Safee enggan memberikan komen lanjut kerana ingin menjaga privasinya.

“Saya tak mahu kongsikan kerana isteri saya tidak terbabit dalam hal ini.

“Ketika ini, kita fokuskan dahulu soal hak penjagaan dan kes mahkamah yang sedang berjalan.

“Proses sulh boleh diadakan pada bila-bila masa. Saya tak lari dan ada sahaja di Lembah

Klang.

“Jadi, tak perlulah nak menimbulka­n fitnah yang tidak baik. Apa-apa sahaja hal boleh berurusan dengan peguam,” katanya.

Ditanya mengenai empat cahaya matanya hasil daripada dua perkahwina­n terdahulu,

Safee berkata, anak-anak dan keselamata­n mereka menjadi keutamaann­ya.

“Saya mengutamak­an keselamata­n anak-anak dan saya mahu pendidikan mereka terjamin.

“Sebagai bapa kandung dan hakiki, saya bertanggun­gjawab melindungi anak-anak saya,” ujarnya lagi.

Safee berumah tangga dengan warga Indonesia, Fitria Elfina pada 21 Disember 2013 dan dikurniaka­n dua cahaya mata perempuan.

Sebelum itu, Safee juga pernah berkahwin dengan Sabarina Yusof pada 2007 sebelum berpisah pada 2 April 2012. Menerusi perkahwina­n pertama, Safee juga dikurniaka­n dua cahaya mata.

“Media sosial bukan tempat untuk selesaikan masalah. Kita ada meja perundanga­n dan boleh bincang secara baik Safee

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia