Harian Metro

Ifa Raziah menangis penganjura­n acara berdepan pelbagai ujian

-

Subang Jaya: “Mereka cuba jatuhkan saya. Ada seorang dua sanggup berbuat seperti itu.

“Saya juga terpaksa pecat dua pekerja sebab mereka menipu dan tidak jujur,” kata penyanyi dan usahawan, Ifa Raziah, 48, ketika diminta mengulas dakwaan ada pihak yang cuba menikamnya dari belakang agar perniagaan yang diusahakan­nya itu gagal.

Ifa berkata, dua pekerja terbabit secara diam-diam memberikan khidmat mereka kepada pihak lain yang menganjurk­an program berbeza.

“Bukan setakat itu sahaja, saya juga berdepan dengan ujian yang bertimpa-timpa sehingga terfikir untuk menamatkan saja penganjura­n acara Starvendor­s yang dikendalik­an saban tahun ini,” katanya ketika ditemui Harian Metro.

Mengulas penganjura­n acara itu lagi, kata Ifa, dia juga berdepan dengan masalah penajaan hingga membuatkan dirinya berasa tawar hati untuk meneruskan program berkenaan.

Katanya, perkara itu menyebabka­n segala proses pengurusan acara itu menjadi lewat pada tahun ini.

“Bohonglah, kalau tidak menangis sebab saya memang sudah kecewa dari awal lagi kerana penganjura­n edisi ke-15 banyak isu.

“Saya juga pernah terfikir mungkin ini penganjura­n acara yang terakhir kerana mahu fokus pada bisnes lain,” katanya.

Bagaimanap­un, kata Ifa, dia bersyukur kerana acara itu akhirnya mendapat kerjasama Kementeria­n Pembanguna­n Usahawan dan Koperasi ini membabitka­n

(Kuskop) sebagai rakan strategik.

Starvendor­s KLCC Mega Raya Fest berlangsun­g di Hall 4 dan 5, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) bermula hari ini hingga Isnin.

Acara ini membabitka­n 300 reruai dan lebih 70 artis popular serta pempengaru­h seperti Datuk Seri Siti Nurhaliza, Datuk Seri Aliff Syukri, Shuib Sepahtu, Erra Fazira, Bella Astillah, Diana Danielle, Shaheizy Sam, Aisha Retno, Emma Maembong, Rita Rudaini, Mawar Rashid dan ramai lagi.

Bohonglah, kalau tidak menangis sebab saya memang sudah kecewa dari awal lagi kerana penganjura­n edisi ke-15 ini membabitka­n banyak isu”

Ifa Raziah

 ?? ?? ERMA berminat ketengah isu moral yang berlaku dalam masyarakat Islam di Malaysia.
ERMA berminat ketengah isu moral yang berlaku dalam masyarakat Islam di Malaysia.
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia