Harian Metro

Atu ‘jauhkan diri’ dari stesen TV tawar janji manis tapi tak bayar

-

Kuala Lumpur: Pelakon dan pelawak Atu Zero, 32, tidak akan membiarkan dirinya ‘ditindas’ lagi mana-mana pihak selepas kontrovers­i bayaran sangkut dengan sebuah stesen TV yang menimpanya sebelum ini.

Atu atau nama sebenarnya Sharif Kunal Doli Sharif berkata kes itu benar-benar beri tamparan hebat buatnya agar tidak mudah terpedaya dengan janji-janji manis sebelum terbabit sesuatu projek.

“Kita jangan senang dengan kata-kata manis sebelum menjayakan sesuatu projek. Saya bercakap secara umum, janganlah mudah percaya dengan janji-janji ditabur sebelum projek bermula.

“Sejujurnya memang ada rasa bersalah apabila bangkitkan isu itu. Tapi rupanya ramai kawan-kawan yang langsung tak dapat bayaran lagi. Bahkan, ada yang baru jumpa bertanya cara untuk selesaikan­nya,” katanya ketika ditemui Harian Metro.

Pada masa sama, Atu tidak berdendam pun dengan stesen berkenaan namun akui serik untuk bekerjasam­a lagi dengan mereka.

“Saya memang bersemuka dengan pihak sana dan segalanya sudah selesai. Mereka ada juga panggil saya untuk terbabit program lagi. Tapi saya cakap cukup sampai di sana sajalah.

Namun, hubungan antara kami masih baik-baik

Atu juga sebenarnya bersyukur ada hikmah di sebalik kelantanga­nnya bersuara memperjuan­g hak ketika itu. Paling dia terharu apabila Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil tampil bantu selesaikan­nya.

“Awal-awal memang bergelut jugalah memikirkan kesan kata-kata saya. Tapi kemudian Fahmi, Shahrul Shiro tampil, dan rakan-rakan industri pun kongsi semula apa yang saya perjuangka­n itu.

“Fahmi memang sangat membantu. Saya datang sendiri ke pejabatnya dan beliau berjumpa sendiri dengan saya. Beliau tanya saja,” katanya. terperinci satu-satu soalan berkaitan dengan masalah saya itu.

“Keesokan harinya, beliau terus mulakan kerjanya untuk menyelesai­kan isu itu. Tak sampai seminggu selesai sepenuhnya. Saya memang sangat berterima kasih atas jasanya itu,” katanya.

Rezeki Atu juga sebenarnya melimpah ruah selepas isu terbabit.

Katanya, dia sangat bersyukur apabila ramai produksi memanggiln­ya dan dia kian sibuk dengan pelbagai projek.

Terdahulu, pada April tahun lalu, Atu meluahkan rasa kesal apabila terpaksa menagih bayaran daripada stesen TV yang masih tertunggak selepas menyelesai­kan penggambar­an sebuah program.

Kita jangan senang dengan kata-kata manis sebelum menjayakan sesuatu projek. Saya bercakap secara umum, janganlah mudah percaya dengan janji-janji ditabur sebelum projek bermula. Sejujurnya memang ada rasa bersalah apabila bangkitkan isu itu”

Atu Zero

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia