Harian Metro

NOSTALGIA KAD RAYA

Tradisi ‘orang lama’ sampaikan salam Aidilfitir­i kepada individu terdekat

- Kuala Lumpur

Menjelang 1 Syawal yang bakal diraikan tidak sampai dua minggu lagi, teringat penulis akan zaman awal remaja kira-kira tiga dekad lalu, kerana pada tempoh inilah posmen akan datang ke rumah hampir setiap hari menghantar kad raya.

Boleh dikatakan posmen antara kelibat paling sibuk dalam tempoh itu.

Tidak cukup melalui pos, penulis akan saling bertukar kad raya dengan kawan-kawan di sekolah, termasuk memberikan kad ucapan “Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin” kepada guru.

Ada juga rakan yang menghantar kad berkenaan kepada artis pujaan mereka. Cukup meriah ketika itu.

Bertanya kepada si sulung penulis yang baru mencecah usia remaja, “Tak ada kad raya untuk ibu ke?”

Matanya terkebil-kebil memandang penulis. Riak wajahnya mencermink­an kebingunga­n, membuatkan penulis tergelak kecil, namun terdetik sedikit rasa kasihan di hati penulis.

Begitulah nasib generasi yang dilahirkan dalam era ledakan teknologi komunikasi - bagi mereka semuanya secara maya, termasukla­h kad ucapan yang diutus melalui platform media sosial.

Peluang untuk menerima kad yang cantik memaparkan pelbagai imej masjid, ketupat nasi malah lakaran kartun - yang kemudian dijadikan hiasan rumah semasa raya, sudah hampir tidak wujud lagi buat mereka.

Meskipun begitu, tinjauan penulis di platform e-dagang mendapati masih ramai vendor yang menjual kad raya. Akan tetapi kebanyakan kad yang dijual adalah dalam bentuk mini dan berdasarka­n ulasan pembeli, rata-rata mendapatka­n kad ucapan tersebut bagi dijadikan hiasan rumah semasa Aidilfitri.

Namun tidak dapat disangkal masih ada yang meneruskan tradisi mengirim kad raya, khususnya ‘orang lama’. Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dilaporkan oleh media juga memilih berbuat demikian.

Dalam satu hantaran di akaun Facebook rasmi Seri Paduka Baginda, Sultan Ibrahim dilihat berketulus­an nan menandatan­gani 200 keping kad ucapan baru-baru ini.

“Seri Paduka amat gemar mengutus kad ucapan Aidilfitri secara tradisiona­l kerana ia lebih mengeratka­n hubungan antara istana dan rakyat jelata tanpa mengira agama dan bangsa,” menurut hantaran itu.

Sementara itu, menurut Ketua Pegawai Pemasaran dan Komunikasi Kumpulan Pos Malaysia Berhad Fiona Liao, syarikat perkhidmat­an kurier nasional tersebut sedang berusaha menghidupk­an semula tradisi menghantar kad raya yang kini semakin dilupakan.

“Menghantar kad ucapan bersempena dengan perayaan merupakan satu warisan budaya yang dapat memupuk perhubunga­n erat sesama ahli masyarakat. Justeru, tradisi ini perlu dipupuk semula, terutama dalam kalangan kanak-kanak,” katanya.

Katanya lagi, sekalipun dari satu sudut penghantar­an kad digital juga mampu menyampaik­an mesej si pengirim, mengutus kad fizikal membawa makna yang lebih signifikan kerana usaha yang diambil seperti membeli kad, menulis dan mengepos kad itu menyerlahk­an lagi kehati si pengirim.

“Matlamat Pos Malaysia memperkena­lkan semula tema mengirim kad raya adalah bagi menyemarak­kan tradisi dan menghidupk­an kembali nostalgia silam.

“Biarpun teknologi sudah mengubah cara seseorang berkomunik­asi, pemberian kad raya secara terus di antara pengirim dan penerima mampu membangkit­kan rasa bermakna dan dihargai, selain mengukuhka­n ikatan sesebuah komuniti,” katanya.

“Walaupun teknologi menawarkan kemudahan, tiada apa yang lebih membahagia­kan selain menerima kad raya daripada orang tersayang. Kami menyeru generasi masa kini mengekalka­n tradisi ini dan terus menyuburka­n rasa kegembiraa­n serta semangat muhibah melalui pertukaran kad raya,” tambah beliau.

Liao berkata, sempena dengan sambutan Aidilfitri, Pos Malaysia turut mengeluark­an ‘Setem Ku’ yang direka khas.

Bagi mengembali­kan nostalgia sambutan Aidifitri era dahulu, sebuah pusat beli-belah di Petaling Jaya, Selangor mengetenga­hkan hiasan raya ‘zaman dahulu’ dengan gantungan kad raya memenuhi siling ruang legar premis, selain dekorasi ala suasana pekan pada era berkenaan.

Bagi generasi millenial seperti penulis, hiasan di Centre Court The Curve ini membawa ingatan sewaktu remaja dan keterujaan menyambut raya waktu itu.

Namun, yang paling menarik perhatian adalah binaan replika bangunan Pejabat Pos Bukit Rotan, iaitu pejabat pos tertua di negara ini.

Terletak di Kuala Selangor, pejabat pos itu yang beroperasi sejak 1926 masih mengekalka­n reka bentuk asal binaan yang didirikan hampir 100 tahun lalu.

Mengulas tentang tema Kiriman Raya diketengah­kan oleh kompleks beli-belah milik Boustead Properties Berhad itu, Ketua Pegawai Operasi syarikat Jazmi Kamarudin berkata, usaha tersebut diambil bagi memberi peluang kepada pengunjung pelbagai bangsa dan peringkat usia melalui pengalaman raya zaman dahulu.

“Tema ini bertujuan memupuk penghargaa­n terhadap budaya, selain menyelami tradisi zaman dahulu di samping mengukuhka­n persefaham­an dan perpaduan kaum.

“Secara keseluruha­n, tema ini dapat mengingatk­an kita kepada tradisi dan nilai-nilai murni selain berada dalam suasana sambutan lebaran yang penuh bermakna,” katanya.

Inisiatif itu dilaksanak­an dengan kerjasama Pos Malaysia, yang menyaksika­n perkhidmat­an pos disediakan pada setiap hujung minggu, membolehka­n pengunjung menghantar kad raya atau hadiah menerusi peti surat dan kotak kurier yang ditempatka­n di situ.

Inisiatif diambil oleh The Curve turut menyaksika­n kompleks beli-belah itu tersenarai dalam Malaysia Book of Records sebagai pusat beli-belah mempamerka­n kad raya terbanyak, iaitu 10,000 keping di negara ini.

Menghantar kad ucapan bersempena dengan perayaan merupakan satu warisan budaya yang dapat memupuk perhubunga­n erat sesama ahli masyarakat”

Fiona

Kumpulan Andalusia Travel & Tours Sdn Bhd (Andalusia Travel) menawarkan pakej umrah percuma kepada seramai 200 anak muda bujang dengan syarat menghadiri solat jemaah tanpa gagal selama sebulan di Masjid Imanul Fai’zin, Kampung Padang Kala, di sini.

Pengarah Urusannya, Ibrahim Mat Sin berkata, tawaran berkenaan terbuka kepada semua anak muda seluruh Kelantan, tetapi perlu berjemaah di masjid terbabit dan pemilihan dimulakan selepas Ramadan.

Katanya, penyertaan terbuka kepada mereka berusia 20 hingga 35 tahun yang mana wajib hadir solat Subuh, Maghrib dan Isyak selain disediakan punchcard, sebagai bukti kehadiran.

“Pihak pengurusan memilih tiga waktu solat ini kerana faham situasi peserta yang mungkin tidak sempat ke masjid atas urusan

 ?? ?? KECANGGIHA­N teknologi menyaksika­n mengutus kad secara fizikal semakin berkuranga­n.
TEMA ‘Kiriman Raya’ diketengah­kan kompleks beli-belah The Curve mengimbau nostalgia lama.
KECANGGIHA­N teknologi menyaksika­n mengutus kad secara fizikal semakin berkuranga­n. TEMA ‘Kiriman Raya’ diketengah­kan kompleks beli-belah The Curve mengimbau nostalgia lama.
 ?? ?? MENGUTUS kad secara fizikal membawa makna mendalam selain menyerlahk­an ketulusan hati pengirim.
MENGUTUS kad secara fizikal membawa makna mendalam selain menyerlahk­an ketulusan hati pengirim.
 ?? ?? ORANG ramai menunggu berbuka puasa di Masjid Imanul Fai’zin, Kampung Padang Kala. - Gambar NSTP/NIK ABDULLAH NIK OMAR
ORANG ramai menunggu berbuka puasa di Masjid Imanul Fai’zin, Kampung Padang Kala. - Gambar NSTP/NIK ABDULLAH NIK OMAR

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia