Harian Metro

SAMBUT PUASA DI QATAR

- Oleh Lizam Ridzuan lizamridzu­an@hmetro.com.my

Kisahnya yang sering mengembara keluar negara dengan menunggang motosikal adalah suatu perjalanan yang unik kerana hanya menggunaka­n jenis cub atau kapcai berkuasa 150cc.

Mohd Alfishahri­n Zakaria, 38, dan isteri, Diana Latief, 37, mengembara menggunaka­n jalan darat pernah ke London pada 2017, Rusia (2018) dan kali ini ke Qatar dan berpeluang menyambut Ramadan di sana.

Perjalanan terbaharu mereka dimulakan pada hujung tahun lalu dari Pakistan bagi tujuan menonton Kejohanan Bolasepak Piala Asia 2023 di Qatar.

Selepas tiba di sana Mohd Alfishahri­n sempat menyaksika­n beberapa perlawanan antaranya Malaysia bertemu Korea, Qatar dan Palestine serta perlawanan akhir tuan rumah Qatar bertemu Jordan.

Oleh kerana Ramadan ketika itu hampir tiba maka dia dan isteri memutuskan untuk terus berada di sana bagi merasai pengalaman berpuasa di luar negara.

Di Qatar sudah pasti suasana Ramadan agak berbeza dengan di Malaysia dan salah satunya faktor kemeriahan ialah jenis makanan.

“Waktu berbuka di

Qatar ialah jam 5.30 petang dan di sini tiada bazar yang khusus menjual juadah Ramadan namun banyak pihak membuat sumbangan menyediaka­n juadah berbuka,” katanya.

Menurutnya lagi kebanyakan pekerja-pekerja asing dari Bangladesh, Pakistan dan India sentiasa meramaikan majlis berbuka puasa percuma yang disediakan pihak Qatar Charity Fund di masjid-masjid. Makanan yang disediakan adalah seperti nasi Arab dengan lauk ayam, daging dan kambing menjadi hidangan utama ketika berbuka.

“Ketika awal Ramadan lalu suhu pada sekitar 20 hingga 28 darjah Celsius agak sejuk namun kini keadaan semakin panas pada sekitar 30 darjah Celsius dan sebenarnya Malaysia lebih panas berbanding di Qatar.

“Kami juga bertemu dengan rakyat Malaysia di sini yang tahu akan kedatangan kami dan menjemput berbuka puasa bersama di rumah mereka. Kebiasaann­ya kami akan melakukan pot luck dengan memasak makanan sendiri bagi merasai juadah tempatan di negara orang,” katanya.

Hidangan seperti cendol, cincau bandung dan pelbagai lagi juadah dibuat sendiri (home made) oleh rakan-rakan Malaysia yang bertugas di sana dan untuk makanan pula terdapat pelbagai juadah dari negeri seperti Kelantan menjadikan suasana berbuka puasa tambah menarik.

Kebanyakan majlis berbuka puasa ini dianjurkan sahabat-sahabat usrah rakyat Malaysia di sana, selain rakan tempat kerja bagi merapatkan ukhuwah dan persahabat­an di perantauan.

Selain itu sudah pasti solat sunat Tarawih antara peluang yang tidak dilepaskan Mohd Alfishahri­n yang sering ke masjid berhampira­n kawasan tempat tinggalnya di Souq Wakif. Suasana Tarawih di sana juga seperti di Malaysia sangat meriah dan ada yang mengerjaka­n solat Tarawih lapan atau 20 rakaat bergantung kepada masjid di sana.

Pada malam ke-14 Ramadan, terdapat satu sambutan yang dinamakan ‘Garangao’ yang sering diadakan di negara-negara Arab khususnya Qatar iaitu sebagai menghargai kanak-kanak yang berpuasa sehingga ke pertengaha­n Ramadan.

Mereka akan mengenakan pakaian tradisiona­l dalam kawasan kejiranan dan akan berjalan dari rumah ke rumah mengetuk pintu dan kemudian akan diberikan kacang, coklat serta gula-gula yang diletakkan di dalam beg khas digantung pada leher mereka sambil menyanyika­n lagu khas Garangao.

Ketika di Qatar juga pasangan itu sempat ke Oman untuk menyaksika­n perlawanan kelayakan Piala Dunia Malaysia menentang Oman dan ia juga satu pengalaman menarik yang berlaku ketika Ramadan.

“Dari Qatar saya memandu ke Dammam di Arab Saudi dan dari sana kami menaiki kapal terbang ke Muscat, Oman serta memutuskan untuk tidak menunggang motosikal bagi tujuan itu, namun akan melakukann­ya pada pertengaha­n April dari Qatar ke Arab Saudi bagi mengerjaka­n umrah,” katanya yang juga bekas pekerja institusi perbankan tempatan.

Ketika di Qatar, Mohd Alfishahri­n juga menunggang motosikal untuk melawat di beberapa lokasi yang menarik ketika Ramadan dan oleh kerana cuaca tidak begitu panas maka ia tidak terlalu memenatkan.

“Awal Ramadan suhu sekitar 20 hingga 28 darjah Celsius, kini makin panas Mohd Alfishahri­n

 ?? ?? ALFISHAHRI­N dan isteri ketika tiba di Qatar.
ALFISHAHRI­N dan isteri ketika tiba di Qatar.
 ?? ?? MOHD Alfishahri­n menggunaka­n motosikal jenis cub atau kapcai berkuasa 150cc.
MOHD Alfishahri­n menggunaka­n motosikal jenis cub atau kapcai berkuasa 150cc.
 ?? ??
 ?? ?? MOHD Alfishahri­n selesai solat Tarawih di Qatar.
MOHD Alfishahri­n selesai solat Tarawih di Qatar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia