Harian Metro

ADA APA DENGAN ISTILAH?

Nama yang pelbagai bagi merujuk kepada kumpulan bersenjata menjadi topik yang sudah lama dibincangk­an di media antarabang­sa sejak kumpulan ini muncul pada 2013

- Syah Rul Aswari Abdullah

Baru-baru ini, satu lagi insiden keganasan dilaporkan di Rusia apabila kumpulan bersenjata melakukan serangan ke atas dewan konsert di Moscow. Apa yang menimbulka­n persoalan adalah serangan itu berlaku ketika dunia amat bersimpati dengan Gaza. Tambahan pula, insiden itu dipersalah­kan pada kumpulan radikal Islam.

Namun, itu bukanlah fokus artikel kali ini. Penulis sebenarnya tertarik dengan pelbagai terma yang digunakan untuk merujuk kepada kumpulan yang menjadi dalang kepada serangan ini.

Ada laporan Al-Jazeera menyatakan kumpulan ini sebagai Isil, CNN mengatakan ia dilakukan oleh Isis, manakala ada laporan Reuters menyatakan ia didalangi pejuang IS. Ada juga media melaporkan ia didalangi Daesh dan Daish.

Jadi apa sebenarnya nama kumpulan ini? Perihal mengenai nama yang pelbagai bagi merujuk kepada kumpulan bersenjata ini sebenarnya sudah menjadi topik sudah lama diperbinca­ngkan menerusi media antarabang­sa sejak kumpulan ini muncul pada 2013.

Kumpulan ini kemudian menguasai kawasan besar di Syria dan Iraq. Ia juga sudah ada banyak cawanganny­a di pelbagai negara. Walaupun kalah di kubu kuatnya, tetapi serangan didalangi kumpulan ini masih dilaporkan dari semasa ke semasa.

Secara amnya, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Amerika Syarikat sering menggunaka­n perkataan ‘Isil’ untuk kumpulan ini. Ia singkatan kepada Negara Islam di Iraq dan Levant.

Namun, menurut laporan media antarabang­sa, kumpulan itu sendiri tidak menggunaka­n nama Isil sejak Jun 2014 apabila ia mengisytih­arkan penubuhan negara dan memendekka­n namanya kepada Negara Islam atau IS. Ini bagi menzahirka­n cita-cita kumpulan itu untuk meluaskan kuasanya.

Sejak itu, banyak organisasi media menggunaka­n istilah itu dan memendekka­n kepada akronim IS pada sebutan berikutnya. Media lain pula terus menggunaka­n Isil atau

Isis, yang berdasarka­n terjemahan lain bagi nama asal kumpulan itu iaitu Negara Islam di Iraq dan Syria atau Negara Islam di Iraq dan al-Sham. Tetapi istilah Daesh (atau Daish) juga ada digunakan termasuk di Timur Tengah dan juga di Malaysia.

Berdasarka­n semakan penulis, isu ini timbul kerana perkataan ini berasal daripada Bahasa Arab yang kemudian diterjemah ke Bahasa Inggeris. Menurut BBC, Daesh pada asasnya ialah akronim Arab yang terbentuk daripada huruf awal nama kumpulan sebelumnya dalam bahasa Arab - ‘al-Dawla al-Islamiya fil Iraq wa al-Sham’ (Daesh atau Daish).

Jadi bagaimana pula timbulnya Isil dan Isis? Penggunaan nama-nama berkenaan sebenarnya berpunca pada terjemahan perkataan Bahasa Arab, al-Sham, ke

Bahasa Inggeris. Dipendekka­n cerita, media Barat tidak pasti apa yang dimaksudka­n kumpulan itu dengan ‘al-Sham.’ Persoalann­ya, di mana dan apa sempadan geografi al-Sham ini?

Al-Sham pada mereka, boleh diterjemah­kan dengan pelbagai sama ada Levant, Greater Syria atau Syria. Menurut BBC, istilah al-Sham biasanya digunakan semasa pemerintah­an Khalifah Muslim dari abad ketujuh untuk menggambar­kan kawasan antara Laut Mediterran­ean dan Sungai Euphrates, Anatolia (kini Turkiye) dan Mesir.

Ia turut digunakan sehingga separuh pertama Abad ke-20, apabila Britain dan Perancis menarik sempadan baharu Timur Tengah dan mewujudkan negara bangsa. Istilah Levant digunakan selama berabad-abad oleh penutur bahasa Inggeris untuk menggambar­kan bahagian timur Mediterran­ean ini, dengan pulau-pulau dan negara-negara bersebelah­annya.

Selepas Perang Dunia

Pertama, kuasa kolonial memahami Levant sebagai kawasan yang kita kenali hari ini sebagai Syria, Jordan, Lubnan, Israel, Wilayah Palestin dan sebahagian daripada tenggara Turkiye.

Oleh sebab itu, ini menjelaska­n beberapa versi nama kumpulan ini. Jadi, menjawab kepada soalan asal, sebenarnya semua nama tadi merujuk kepada kumpulan sama. Perkataan berbeza hanyalah berdasarka­n tafsiran media Barat terhadap akronim nama Daesh apabila diterjemah­kan ke bahasa Inggeris.

Namun, untuk tujuan keseragama­n, lebih banyak media arus perdana bahasa Melayu dalam negara ini lebih memilih untuk menggunaka­n nama Daesh atau Daish untuk merujuk kepada kumpulan ini.

Ia kerana nama seperti IS secara tidak langsung mengiktira­f gerakan ini. Jadi, lebih molek jika digunakan nama Daesh atau Daish. Setidak-tidaknya, perkataan ini dapat mengurangk­an konotasi negatif terhadap umat dan agama Islam setiap kali ada insiden yang didalangi kumpulan ini.

 ?? ?? JAMBANGAN bunga diletak di hadapan dewan konsert di Moscow sebagai memperinga­ti tragedi serangan yang membunuh lebih 130 mangsa.
JAMBANGAN bunga diletak di hadapan dewan konsert di Moscow sebagai memperinga­ti tragedi serangan yang membunuh lebih 130 mangsa.
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia