Harian Metro

JALAN SENI SENTIASA BERLIKU

-

Kini anak jati Terengganu ini aktif menyertai pelbagai pameran dan mengendali­kan bengkel membabitka­n beberapa jenama besar untuk berkongsi ilmu.

Penulis paling tertarik dengan lukisan bertajuk ‘This is NOT a Political Art’ yang memaparkan seorang wanita yang sedang menangis berlatarka­n buah tembikai sebagai penghormat­an kepada perjuangan Palestin.

Azyan berkata, jika diminta membuat pilihan, dia amat menyukai lukisan yang baharu dihasilkan itu.

Katanya, lukisan itu dihasilkan dengan setulus hati ketika sedang berlawan dengan perasaan meratapi ketidakadi­lan yang berlaku di sana (Palestin).

“Saya bersyukur ramai juga merasakann­ya. Karya itu menerima hampir 30,000 tanda suka di Instagram dan 2,000 ‘retweet’ di laman X.

“Selain itu salah satu lukisan paling sukar dihasilkan adalah bertajuk ‘Melora’ yang mengambil masa selama 70 jam untuk disiapkan.

“Ia disebabkan tahap kehalusan perincian di dalam lukisan itu di mana saya tampilkan beberapa corak batik berbeza dan juga corak songket yang dilukis dengan tangan,” katanya.

Menurutnya, dalam menghasilk­an karya seni berkualiti, dia mempunyai penanda aras peribadi yang tinggi yang ditetapkan secara tidak sengaja.

“Selagi saya tidak capai tahap memuaskan, saya tidak akan gembira dengan karya dihasilkan.

“Antara ciri-ciri yang selalu saya utamakan ialah ekspresi raut wajah watak, ‘flow’ dan ketepatan anatomi, komposisi, perincian, konsep dan warna,” katanya.

Berkongsi berkenaan pembabitan­nya dalam bidang seni, Azyan yang juga pemegang Ijazah Sarjana Seni Bina mengakui ia tidak pernah merancang untuk terbabit dalam bidang itu secara serius.

“Saya tidak memilih untuk menjadi pelukis, ia terjadi secara sendiri melalui jalan bekerja sendiri sebagai pereka grafik. Sejak kecil, saya sememangny­a suka melukis namun atas sebab-sebab tertentu, saya tidak dibenarkan untuk mengambil jurusan seni halus atau rekaan fesyen.

“Sejujurnya saya tidak pernah terfikir untuk meneruskan minat ini secara serius selepas tamat pengajian. Bagaimanap­un, ia berputik semula apabila saya diberikan kepercayaa­n untuk membuat ilustrasi rakan-rakan untuk pelbagai majlis seperti perkahwina­n dan ia kemudian membuat saya tekad untuk mengasah kembali kemahiran melukis saya,” katanya.

Jelasnya, kini skop pekerjaann­ya berbeza bergantung sama ada sebagai pelukis atau pereka grafik.

“Untuk grafik, saya tekankan kepada servis grafik penjenamaa­n untuk perniagaan dan juga (grafik) untuk majlis termasuk membuat logo, rekaan pembungkus­an dan kad perniagaan.

“Untuk ilustrasi, saya menjual lukisan secara digital dan juga ada mengambil komisen dari pelanggan yang biasanya untuk projek komersial. Contohnya, ilustrasi muka buku bertajuk ‘Bidan’ terbitan Buku Fixi yang saya siapkan baru-baru ini,” katanya.

Tambahnya, sebagai pelukis dan pereka grafik, apabila diminta menghasilk­an karya untuk pelanggan, perasaanny­a berbeza dengan apabila menghasilk­an karya untuk diri sendiri.

“Apabila sesuatu karya itu siap dan menerima reaksi dan pendapat baik dari pemerhati, semua penat lelah atau perasaan negatif seperti ragu-ragu akan kebolehan sendiri, terus hilang.

“Kepuasan melihat karya yang siap dengan sempurna itu susah untuk digambarka­n. Ia seperti menyatakan ‘saya bangga’ dan ‘anda berjaya melakukann­ya’ kepada diri sendiri,” katanya.

Bagaimanap­un, Azyan mengakui turut berdepan dengan situasi apabila karya yang dirasakan sudah bagus namun mendapat pandangan sebaliknya daripada pelanggan.

“Untuk permulaan saya rasa kecewa dengan karya seni dan menangis tidak dapat terima kenyataan itu. Tetapi semakin saya belajar dan timba pengalaman, saya menjadi lebih matang dan menerima penolakan atau kegagalan dengan lebih baik.

Dia berpendapa­t, individu yang ingin terbabit dalam bidang seni perlu ada kecekalan, ketabahan, kemahuan untuk berdikari dan memperbaik­i diri sendiri.

“Individu itu juga perlu mempunyai prinsip diri yang teguh supaya dia tidak cepat goyah akan kata-kata orang lain.

“Jalan seni ini tidak sentiasa indah seperti yang digambarka­n, ramai mempunyai persepsi rendah terhadap bidang ini, jadi anak seni perlu kuat. Percayalah semua ini akan membuahkan hasil,” katanya yang berhasrat memiliki studio fizikal sendiri untuk seni dan grafik.

 ?? ?? MINAT mendalam mendorong Azyan terbabit dalam bidang seni.
MINAT mendalam mendorong Azyan terbabit dalam bidang seni.
 ?? ?? AKTIF berkongsi ilmu.
AKTIF berkongsi ilmu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia