Harian Metro

JUADAH IMBAU KAMPUNG HALAMAN

Hidangan masak lemak tempoyak daun kayu sebagai juadah berbuka puasa pasti menggamit memori

- Oleh Muhamaad Razis Ismail razis@mediaprima.com.my

Ketika Ramadan, pasti ada yang ingin bertukar selera berbuka puasa dengan masakan ala kampung.

Hidangan seperti ini sedikit sebanyak mengimbau kenangan berbuka puasa bersama keluarga di kampung halaman.

Bagi yang mempunyai masa terhad dan kurang mahir memasak, anda boleh mencuba resipi masak lemak tempoyak daun kayu sebagai juadah berbuka puasa.

Kombinasi bau ‚wangi‘ daun yang dihiris halus dan tempoyak, pasti membuatkan anda tidak senang duduk.

Suri rumah, Norehan Dayan, 64, berkata, resipi berasal dari Negeri Sembilan ini diwarisi turun-temurun daripada keluargany­a sehingga kini.

Katanya, hidangan ini cukup terkenal di negeri itu dan banyak dihidangka­n ketika kenduri.

“Jika dahulu, mak saya gunakan 40 jenis daun dan ulam-ulaman kerana ia mudah didapati di sekitar kawasan kampung. Kini saya hanya gunakan beberapa sahaja (ulam-ulaman dan daun) sama ada dibeli pasar dan dipetik di sekitar kediaman.

“Setiap kali Ramadan tiba, ini antara menu yang akan saya sediakan untuk dinikmati bersama ahli keluarga ketika berbuka puasa,” katanya.

Menurutnya, resipi ini mudah untuk disediakan dan tidak mengambil masa yang lama.

“Proses penyediaan­nya juga sangat ringkas dan mudah. Hidangan ini enak dimakan bersama nasi panas,” katanya.

Bahan-bahan (untuk 15 orang)

- 30 cili padi

- Lima inci kunyit hidup

- 10 gram ikan bilis - Setengah kilogram (kg) tempoyak

- Tiga kg santan pekat

- 10 papan petai

- Garam secukup rasa

- Tiga ikat daun pucuk ubi - 10 helai daun kunyit

- 15 helai daun pucuk labu - Lima helai daun pucuk keladi momur

- 10 helai daun pucuk putat - 15 helai daun pucuk mangun

- 15 batang serai

- 15 helai daun pucuk kaduk - 15 helai daun pucuk kacang botol

Cara penyediaan:

• Cili padi dan kunyit dikisar sehingga halus Serai dihiris halus Semua sayur dihiris

• halus

Panaskan kuali dan kemudian masukkan cili padi, kunyit, tempoyak, serai, ikan bilis, santan pekat dan kacau semua bahan sehingga sebati.

Apabila sudah menggelega­k, perlahanka­n api dan masukkan semua sayur dan petai. Gaul perlahan-lahan dan masukkan garam. Biarkan selama 20 minit sebelum api ditutup. Masak lemak tempoyak daun kayu sedia untuk dihidangka­n.

 ?? FOTO | SAIFULLIZA­N TAMADI ?? NOREHAN bersama masak lemak tempoyak daun kayu.
FOTO | SAIFULLIZA­N TAMADI NOREHAN bersama masak lemak tempoyak daun kayu.
 ?? ?? GAUL dan biarkan selama 20 minit sebelum api ditutup.
GAUL dan biarkan selama 20 minit sebelum api ditutup.
 ?? ?? MASUKKAN santan
MASUKKAN santan
 ?? ?? DAUN dihiris halus.
DAUN dihiris halus.
 ?? ?? APABILA sudah menggelega­k masukkan daun yang dihiris halus.
APABILA sudah menggelega­k masukkan daun yang dihiris halus.
 ?? ?? BAHAN yang sudah dikisar.
BAHAN yang sudah dikisar.
 ?? ?? KEMUDIAN masukkan bahan yang sudah dikisar.
KEMUDIAN masukkan bahan yang sudah dikisar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia