Harian Metro

BUKAN ‘TANGKAP MUAT’

- Oleh Syazwan Msar mohdsyazwa­n@hmetro.com.my

Bagai langit dengan bumi. Itu dapat disimpulka­n jika melihat latar belakang dan keupayaan pemain warisan baharu Indonesia berbanding yang dimiliki pasukan Harimau Malaya ketika ini.

Hal ini kerana, empat pemain warisan skuad Garuda bukanlah tangkap muat atau ‘cap ayam’ memandangk­an mereka masih lagi bergetah selain turut berpengala­man beraksi di kelab berpangkal­an di Eropah.

Malah, empat pemain terbabit iaitu Jay Idzes, Ragnar Oratmangoe­n, Thom Haye dan Nathan Tjoe-A-On berusia lingkungan 23 hingga 29 tahun, sekali gus mampu menabur bakti bersama Indonesia dalam tempoh lama.

Impak kehadiran empat pemain terbabit sudah terbukti apabila membantu skuad Shin Tae Yong merakam kemenangan bergaya mengatasi pasukan terbaik Asean, Vietnam 1-0 dan 3-0 pada dua pertemuan aksi Kumpulan F Kelayakan Piala Dunia 2026/ Piala Asia 2027 baru-baru ini dan berada di landasan tepat untuk mara ke pusingan berikut.

Skuad Garuda yang berjaya menembusi 16 pasukan terbaik pada kempen Piala Asia di Qatar baru-baru ini juga dilihat berpotensi merealisas­ikan impian rakyat mereka untuk beraksi di pentas Piala Dunia apabila kini berada di kedudukan kedua Kumpulan F dengan mengutip tujuh mata daripada empat perlawanan.

Ini bermakna mereka sudah sebelah kaki layak ke pusingan ketiga Kelayakan Piala Dunia 2026 di mana lapan pasukan terbaik daripada 18 pasukan mara ke Piala Dunia di Amerika Utara, manakala slot kesembilan akan beraksi di peringkat playoff.

Lain pula nasib menimpa skuad Harimau Malaya apabila hampir satu dozen pemain kacukan disenaraik­an sejak dua tahun lalu namun hingga kini nasib pasukan tidak banyak berubah.

Walaupun pemain kacukan dipandang tinggi penyokong bola sepak tempatan, kehadiran mereka sebenarnya tidak banyak bezanya dengan tonggak tempatan.

Setakat ini skuad kendalian Kim Pan-gon hanya boleh berbangga dengan ayam tambatanny­a, Dion Cools yang diiktiraf sebagai pemain kacukan gred A dengan pengalaman beraksi di Liga Juara-Juara Eropah.

Namun, kehadiran pemain kacukan lain pula sekadar menambah rencah dengan rata-rata berusia 30 tahun ke atas, sekali gus khidmat mereka hanya boleh digunakan dalam tempoh lima tahun saja.

Berdasarka­n kepada senarai pemain kacukan menyaksika­n 11 pemain berdarah campuran disenaraik­an Pan-gon sejak tahun lalu iaitu membabitka­n Matthew Davies, Corbin Ong, Natxo Insa dan Junior Eldstal dari pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Brendan

Gan (Selangor FC) dan Darren Lok, Stuart Wilkin (Sabah FC).

Selain itu, turut pernah dipanggil adalah Declan Lambert (KL City), David Rowley (Sri Pahang FC), Quentin Cheng (Selangor FC).

Namun, hampir semua pemain berkenaan beraksi di Liga Super sekali gus menyaksika­n pengalaman dimiliki mereka tidaklah hebat seperti dimiliki skuad Sang Garuda, malah Cools juga ‘turun pangkat’ beraksi di liga Thailand bersama Buriram United.

 ?? ?? PEMAIN skuad Garuda, Jay Idzes (kiri) meraikan gol bersama rakan sepasukan ketika perlawanan menentang Vietnam bagi Kelayakan Piala Dunia 2026 di Stadium Nasional My Dinh, Hanoi, 26 Mac lalu. - AFP
PEMAIN skuad Garuda, Jay Idzes (kiri) meraikan gol bersama rakan sepasukan ketika perlawanan menentang Vietnam bagi Kelayakan Piala Dunia 2026 di Stadium Nasional My Dinh, Hanoi, 26 Mac lalu. - AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia