Harian Metro

Pearly-Thinaah turuti keputusan kejurulati­han, pengurusan

-

Kuala Lumpur: Apa sahaja keputusan pihak kejurulati­han dan pengurusan akan dituruti gandingan beregu wanita nombor satu negara, Pearly Tan-M Thinaah mengenai penyenarai­an mereka ke Piala Uber di Chengdu hujung bulan depan.

Menurut Pearly, dia menerima segala kemahuan barisan kejurulati­han kerana berpendapa­t setiap keputusan ada pro dan kontra lebih-lebih lagi mereka mempunyai misi besar pada Sukan Olimpik yang membuka tirai Julai nanti.

“Saya rasa ini keputusan jurulatih, bagi saya pergi atau tidak (Piala Uber) ada kelebihan masing-masing. Tetapi jika pergi kami dapat menyesuaik­an diri bersaing di kejohanan itu,” katanya ketika ditemui media di Akademi Badminton Malaysia (ABM), semalam.

Barisan kejurulati­han negara dikatakan bakal merehatkan pasangan nombor 13 dunia itu di Piala Uber kerana mahu memberikan masa secukupnya buat mereka melakukan persiapan rapi menghadapi temasya Sukan Olimpik Paris 2024.

“Jika barisan kejurulati­han kata tidak pergi, kita ada masa panjang untuk menjalani latihan di sini. Saya lihat keputusan yang akan diputuskan itu akhirnya memberi manfaat kepada kami juga,” katanya.

Menjelang Piala Uber nanti, Malaysia diundi dalam Kumpulan B bersama Thailand, Taiwan dan Australia.

Ditanya mengenai rakan sepelatih dari Indonesia, Pearly mengakui kehadiran bekas pemain Indonesia, Ade Yusof Santoso-Gerardo Rizqullah Hafidz yang menjadi rakan sepelatih turut membantu meningkat tahap permainan mereka.

“Saya akui kehadiran mereka berdua sangat bagus, lagi-lagi mereka sangat kuat kerana lelaki. Kehadiran mereka berdua memberi manfaat terutama kami juga sedang mengejar tempo permainan.

“Meskipun sedikit letih, tetapi mereka berdua faham limit kami sebagai pemain wanita. Apapun, kehadiran mereka menjadi rakan sepelatih amat bagus untuk kami,” katanya.

Menurutnya, biarpun berdepan rejim latihan yang meletihkan, tetapi Pearly mengakui mereka memperoleh manfaat hasil latihan keras itu.

 ?? ?? PEARLY-Thinaah tak disenarai ke Piala Uber di Chengdu hujung bulan depan.
PEARLY-Thinaah tak disenarai ke Piala Uber di Chengdu hujung bulan depan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia